Selasa, 26 Januari 2016

'Abang Sado' dan Hormon Testosteron?

Salam.

Tarikh 26-Januari-2016.




‘Abang Sado’ satu fenomena yang melanda golongan muda lelaki di negara kita pada masa kini. Semakin ramai golongan lelaki tertarik dan mula mendaftarkan diri ke pusat-pusat kecergasan untuk membina badan dan membesarkan otot-otot tubuh.

Perkembangan positif ini secara tidak langsung menyokong budaya hidup sihat kerana ramai yang mula mengamalkan senaman secara berterusan di pusat-pusat kecergasan mahupun di rumah bagi yang mempunyai set alatan senaman yang lengkap. Matlamat mereka adalah untuk mempunyai bentuk tubuh yang sasa dengan otot-otot yang besar di beberapa bahagian tertentu pada badan agar kelihatan gagah.

Di sebalik perkembangan positif ini, wujud pula sedikit kebimbangan dalam aspek kesihatan. Kebimbangan ini timbul apabila terdapat segelintir golongan lelaki yang ingin menjadi ‘Abang Sado’ dengan memilih jalan singkat untuk membesarkan otot-otot menggunakan sejenis hormon iaitu Testosteron. Hormon ini dilihat sangat mudah didapati terutama di pusat-pusat kecergasan dan dijual tanpa pengawasan doktor dan ahli farmasi bertauliah.


Testosteron adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh tubuh badan untuk penghasilan sperma, meningkatkan keinginan seksual, meningkatkan kekuatan tulang dan pembesaran otot. Penghasilan hormon ini memuncak ketika umur 30an dan akan mula berkurang selari dengan peningkatn usia seseorang itu. Testosteron dalam bidang perubatan digunakan untuk rawatan keadaan tubuh badan yang kurang menghasilkan hormon testosteron atau dikenali juga sebagai Hipogonadisma terutama dalam golongan lelaki. Rawatan hanya akan diberikan setelah dikenalpasti kandungan testosteron yang rendah melalui ujian maklmal.

Dalam aspek perundangan pula, testosteron merupakan ubat terkawal. Ia memerlukan preskripsi daripada doktor untuk pendispensan dan hanya boleh didapati di hospital, klinik-klinik dan premis farmasi komuniti berlesen. Antara bentuk dos testosteron yang berada dalam pasaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan rawatan adalah dalam bentuk kapsul, gel untuk disapu di bahagian kulit dan cecair suntikan.
Penggunaan testosteron tanpa nasihat doktor dan digunakan secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar, kanser prostat dan kesan sampingan lain seperti gangguan pernafasan ketika tidur (apnea), jerawat, pembasaran organ payu dara dan pengecutan saiz testis.

Beberapa kajian menunjukkan golongan lelaki berusia 65 tahun ke atas dan golongan lelaki muda yang menghidap penyakit jantung mempunyai dua kali ganda risiko untuk mendapat serangan jantung selepas penggunaan testosteron. Justeru penggunaan testosteron tanpa mengetahui latar belakang status kesihatan boleh mengundang bahaya dan boleh menyebabkan maut.

Dalam kajian lain pula menunjukkan golongan lelaki yang mengambil testosteron adalah 30% lebih berisiko untuk mendapat serangan angin ahmar. Malah ia juga menunjukkan beberapa individu yang menggunakan ubat ini mengalami serangan angin ahmar ringan atau dikenali sebagai serangan iskemia sementara. Keadaan ini mungkin disebabkan testosteron boleh menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan meningkatkan risiko penggumpalan darah. Penggumpalan darah di salur darah otak ini boleh menyebabkan berlakunya serangan angin ahmar.

Penggunaan testosteron secara berlebihan juga boleh meningkatkan risiko golongan lelaki mendapat kanser prostat dalam jangka masa panjang. Beberapa kajian telah menunjukkan individu yang mengambil hormon ini secara berlebihan berisiko untuk mendapat kanser prostat sebanyak dua kali ganda.

Kesan sampingan lain adalah gangguan pernafasan ketika tidur (apnea). Keadaan ini mungkin disebabkan oleh penyempitan salur pernafasan. Jika keadaan seperti ini berterusan ia boleh menyebabkan berlakunya angin ahmar dan mempunyai kesan kepada jantung kerana peredaran darah ke jantung berkurangan.

Testosteron yang digunakan tanpa pengawasan doktor dan tiada kawalan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon berlaku. Situasi ketidak seimbangan hormon boleh menyebabkan pembesaran payu dara lelaki, iritasi kulit, jerawat, kulit berminyak dan pertumbuhan bulu. Selain daripada itu, pengecutan testis juga akan berlaku dan boleh meningkatkan risiko kemandulan.

Penggunaan testosteron dalam bentuk gel oleh kaum lelaki boleh memberi kesan kepada kaum wanita dan kanak-kanak jika berlaku sentuhan pada kulit yang disapu gel tersebut. Sebagai contoh, jika wanita tersentuh bahagian kulit yang disapu gel testosteron ini boleh menyebabkan resapan testosteron berlaku, seterusnya menyebabkan kesan samping seperti jerawat dan peningkatan pertumbuhan bulu. Lebih membimbangkan lagi jika wanita tersebut mengandung kerana testosteron boleh menyebabkan kecatatan berlaku terhadap bayi dalam kandungan.

Terdapat juga amaran kesan sampingan dalam kalangan kanak-kanak jika bersentuhan dengan individu dewasa yang menggunakan gel testosteron ini. Antara kesan samping tersebut adalah pembesaran organ kemaluan (zakar, klitoris), penuan usia tulang dan bersifat garang atau berkelakuan agresif.

Bagi warga atlit pula, penggunaan testosteron dalam sukan dalam apa jua bentuk dos adalah dilarang semasa menyertai pertandingan mahupun di luar waktu pertandingan. Penggunaan testosteron ini dianggap salah satu kaedah pendopan (doping) dalam sukan dan ia merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan terhadap atlit tersebut. Antara tindakan yang boleh dikenakan adalah; gantung daripada menyertai sebarang pertandingan di masa hadapan dan/atau penarikan semula status kemenangan dalam pertandingan tersebut.

Justeru untuk menjadi ‘Abang Sado’ ada cara atau kaedah terbaik tanpa menggunakan sebarang ubat ataupun hormon. Sebagai contoh; ramai pelatih-pelatih kecergasan yang profesional berjaya mengekalkan kecergasan dan bentuk fizikal tubuh badan mereka melalui amalan pemakanan dan senaman yang betul untuk membina dan membesarkan otot. 

Usaha serta kegigihan melakukan senaman mengangkat bebanan yang betul dan berterusan mampu merealisasikan impian untuk menjadi ‘Abang Sado’ secara sihat dan jauh dari sebarang masalah kesihatan.

Kredit kepada KKM

Manisnya senyum.

Isnin, 25 Januari 2016

14 Risiko Mengandung Lewat Usia

14 Risiko Mengandung Lewat Usia


Salam.

Tarikh 26-Januari-2016.


Doktor kata kalau wanita hamil di lewat usia ada banyak risikonya, bukan sahaja kepada kandungan, malah kepada ibu juga.

Bagaimanapun menurut Dr.Rasliza Ramli, doktor pakar O&G di Hospital Pakar KPJ Kajang, secara amnya, tiada had umur tertentu untuk mendefinisikan kehamilan lewat usia, tetapi banyak kajian menunjukkan bahawa wanita di pertengahan usia 30-an jika hamil, menghadapi risiko yang lebih besar untuk mengalami komplikasi kehamilan.
  
Risiko kehamilan wanita lewat usia boleh diklasifikasikan kepada isu pada awal dan akhir usia kandungan.

1. Keguguran janin

2. Kandungan luar rahim

3. Keganjilan kromosom dan gen

4. Kecacatan kongenital adalah pada kadar yang tinggi

5. Kencing manis

6. Tekanan darah tinggi

7. Masalah uri (placenta praevia dan abruptio placenta)

8. Fibroid semasa mengandung

9. Perinatal morbidity (berat badan lahir rendah, lahir pramatang)

10.Kematian perinatal (kematian bayi dalam kandungan selepas usia kandungan 28 minggu)

11.Kematian neonatal (usia dari lahir hingga umur satu bulan)

12.Kandungan kembar

13.Bersalin melalui pembedahan caesarean

14.Kematian ibu mengandung itu sendiri

Wanita yang hamil lewat usia berisiko 1:150 ataupun kurang! Selain daripada pemeriksaan kesihatan yang perlu dilalui dalam kehamilan biasa, wanita yang hamil lewat usia berkemungkinan perlu melakukan beberapa siri ujian tambahan bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan anak berada pada tahap yang paling optimum.
1. Ujian aneuploidy risk

2. Pemeriksaan nuchal translucency (semasa kandungan 10 - 14 minggu)

3. Invasive prenatal testing  (patut dicadangkan yang meliputi chrorinic villus sampling dan amniosentesis


4. Ujian darah


Dalam pada itu, perlu diingatkan bahawa pemeriksaan ultrabunyi adalah lebih berkala. Tujuannya adalah agar dapat mengesan masalah pertumbuhan terencat ketika di dalam kandungan (lUGR) dan lain-lain.

Ketika hamil pula, penjagaan antenatal seawal mungkin perlu dilakukan. Seelok-eloknya, sebelum kandungan berusia 12 minggu. Hal ini penting untuk dilaksanakan agar doktor dapat memastikan kandungan bukan berkomplikasi.


Komplikasi yang dimaksudkan adalah seperti mengandung luar rahim, kandungan anggur, kandungan kembar dan kandungan yang tidak menjadi (missed abortion).

Jika ada penyakit sedia ada seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis serta penyakit berkaitan dengan jantung, ibu mesti dirujuk kepada klinik khas yang dipanggil combine clinic di mana penjagaan ibu hamil yang perlu dijalani sepanjang tempoh kehamilan adalah gabungan penjagaan pakar O&G dan pakar perubatan.

Sementara itu, doktor akan sentiasa membuat penilaian dari semasa ke semasa berkaitan masalah darah beku di dalam pembuluh darah supaya ia dapat mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih buruk daripada terjadi.  

Jadi, kepada sahabat yang masih lagi berhajat untuk menambah cahaya mata di lewat usia, ataupun masih lagi berusaha untuk mendapatkan seorang cahaya mata, ambil tahu tentang risiko-risiko ini dan jagalah kesihatan diri sendiri terlebih dahulu. Biarlah keadaan kesihatan kita dalam keadaan baik atau terkawal sentiasa sebelum mengambil keputusan dan usaha untuk meneruskan hajat untuk menimang cahaya mata. 

Bukan tidak boleh, cuma risikonya lebih tinggi. Oleh itu, ambillah juga lebih perhatian kepada kesihatan tubuh badan kita. Sekiranya nanti ibu pula yang tidak sihat, bagaimana pula kita hendak menjaga cahaya mata itu nanti?

Selamat berusaha. 

Kredit kepada Pa&Ma.

Manisnya senyum.  

Good Things Are Coming. Just Keep Believing!

Salam.

Tarikh 25-Januari-2016.

magazinesbymeen@blogspot.com
Adlina's First Ride

Good Things Are Coming, Just Keep Believing!

Monday motivational thought. 

May this week be filled with lots of happiness and laughter.

Manisnya senyum.

7 Adab Di Meja Makan Si Kecil Harus Tahu

7 Adab Di Meja Makan Si Kecil Harus Tahu


Salam.

Tarikh 25-Januari-2016.
Tunjukkan akhlak yang mulia kepada si kecil. Inshaa Allah dia akan menjadikan tabiat baik sebagai amalan seharian. Hal-hal mudah sebelum makan sebenarnya mampu membentuk mereka menjadi anak-anak yang beradab dan berdisiplin.



Jalan-Jalan Cari Makan


1. Basuh tangan
Ajar anak membasuh tangan setiap kali sebelum makan. Mulakan sejak usia mereka setahun lagi. Percayalah si kecil yang cepat belajar akan mudah mengikutnya.

2. Tunggu semua orang
Jangan biasakan anak makan dahulu sebelum semua ahli keluarga ada di meja makan. Adab makan begini sering dilupakan dengan alasan anak masih kecil.

3. Mulakan dengan doa
Baca doa makan dengan kuat agar ia lekat dalam ingatan si kecil. Jangan terkejut apabila tiba-tiba anda mendengar anak sudah boleh membaca doa sendiri setiap kali hendak makan.

4. Tiada permainan
Tetapkan disiplin waktu makan tidak boleh bermain alat permainan video atau sebagainya. Kadang kala kita tersilap, dek kerana mahu si anak makan, dibiarkan dia bermain.

5. Ambil makanan yang berhampiran
Ajar anak sikap tidak tamak. Utamakan mengambil hidangan makanan yang berhampiran dengannya terlebih dahulu.

6. Guna bahasa sopan
Biasakan menggunakan perkataan yang sopan untuk meminta makanan. Misalnya “mama, tolong ambilkan lauk yang itu”. Jangan lupa juga mengajar mereka ucapkan terima kasih setiap kali menerima pertolongan.  

7. Ucaplah Alhamdulillah
Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT yang mengurniakan rezeki yang dimakan, didik anak ucapkan Alhamdulillah. Nescaya ia menjadi amalan yang baik.

Kredit kepada Pa&Ma.

Manisnya senyum.

Ahad, 24 Januari 2016

Mak

Salam.

Tarikh 24-Januari-2016.

Hari ini merupakan hari ulang tahun ibu Meen iaitu Puan Jamilah. 

"Mak".

Meen tak pernah lupa akan pengorbanan dan jasa Mak dalam membesarkan kami semua adik-beradik. 

Terlalu banyak untuk diungkapkan sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga kepada Mak. 

Mak. Semoga Mak dilimpahkan rahmat dan kasih sayang yang tak putus-putus dari Ilahi Mak. 

Tak mungkin dapat dibalas pengorbanan Mak membesarkan kami semua. 

Tak mungkin dapat Mak. 

magazinesbymeen@blogspot.com
Affan dan Wan

Meen sayang Mak!

I love you so much!

Manisnya Senyum, Mak.

5 Langkah Bijak Suami Isteri Urus Kewangan Keluarga

5 Langkah Bijak Suami Isteri Urus Kewangan Keluarga
Saban tahun, kita dikhabarkan dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing. Pernahkah anda dengar berita yang membawa khabar gembira kepada kita, yang menyatakan bahawa pada tahun itu, ekonomi akan menjadi bertambah baik.

Keadaan ekonomi yang semakin meruncing ketika ini memerlukan kepakaran untuk menguruskannya dengan cekap. Sebagai suami isteri anda berdua perlu saling bekerjasama merancang pengurusan kewangan keluarga dengan bijak.

Tip 1: Masukkan matlamat masa hadapan dalam perancangan bajet bulanan
Perancangan membantu anda merealisasikan impian dengan berkesan. Sebaiknya rancang perkara yang anda hendak lakukan pada masa hadapan. Misalnya, jika anda rancang untuk membeli kereta pada tahun hadapan, masukkan bayaran bulanan yang terpaksa anda bayar nanti ke dalam bajet. Dengan cara ini, anda akan lebih bersedia apabila tiba masanya. Lebih baik berjimat sekarang daripada tergesa-gesa untuk memperbaiki bajet apabila tiba masanya.

Tip 2: Senaraikan semua perbelanjaan ahli keluarga
Dengan cara ini anda tahu ke mana aliran wang masuk dan keluar. Jika dirasakan barangan tersebut tidak penting untuk dibeli anda boleh nilai sendiri berdasarkan keupayaan kewangan yang anda ada.

Tip 3: Peruntukkan bayaran tetap
Wang ansuran untuk bayaran rumah, kereta, insurans, bil-bil dan sebagainya yang tetap setiap bulan perlu diperuntukan dalam jumlah yang tepat setiap bulan. Apabila mendapat bayaran gaji, asingkan awal-awal wang untuk segala pembayaran hutang dan bil yang tetap. Daripada lebihan wang tersebut, barulah anda rancang bajet bagi keperluan keluarga. Wang untuk peruntukan makanan isi rumah juga boleh disediakan secara tetap setiap bulan.

Tip 4: Wang simpanan dan kecemasan
Pastikan setiap bulan anda memperuntukkan sejumlah wang untuk simpanan dan kecemasan. Akaun simpanan wang yang tetap setiap bulan wajib ada untuk sebuah keluarga. Sementara simpanan kecemasan pula penting untuk kegunaan sebarang perkara yang tidak disangka seperti sakit, kemalangan dan sebagainya.

Tip 5: Ikut apa yang dirancang
Keazaman yang kuat diperlukan oleh anda berdua bagi memastikan perancangan kewangan berjalan lancar seperti yang dirancang. Tiada gunanya anda membuat senarai yang panjang tentang perancangan kewangan sekiranya anda tidak berdisiplin mengikutnya.

Kepada sahabat semua, sekiranya masih lagi merasai sukar untuk mengurus kewangan dengan baik, ingatlah bahawa kita hanyalah dapat bekerja ketika kita sihat dan berusia muda. Beringatlah bahawa apa sahaja yang kita lakukan pada hari ini adalah untuk anak-anak kita atau untuk orang yang disayangi di sekeliling kita. 

Kredit kepada Pa&Ma.

Manisnya senyum.

Jumaat, 22 Januari 2016

Mini Donat Mudah Senang dan Sedap TanpaTelur

Salam.

Tarikh 23-Januari-2016.

Pagi-pagi lagi Meen dikejutkan dengan teriakan Adlina kerana inginkan susu pada pukul 4 pagi.

Bimbang untuk tidur semula kerana nanti, mungkin akan terlajak, Meen cuba untuk melayari internet dengan membuka facebook. Sambil melayari facebook, teringin juga untuk melihat gambar-gambar lama di dalam simpanan peribadi Meen. Sengaja ingin mengenang kembali memori zaman dahulu kala. Iyeke?

Yang sebenarnya, bila memikirkan bahawa Afrina mempunyai aktiviti di sekolah hari ini, Meen memang membatalkan semula niat untuk sambung tidur walaupun mata terasa seperti ingin lena semula. Manalah tahu, terlajak nanti, menyesal pula Meen.

Lantas, Meen memikirkan juga apa untuk disediakan sebagai sarapan pada pagi ini. Memandangkan ketiadaan "MrPresident" yang keluar untuk 'hiking', Meen pun memutuskan menyediakan sesuatu yang manis buat hidangan anak-anak Meen nanti.

Selepas puas memikirkan hidangan apa yang mungkin dapat memikat hati mereka, Meen memutuskan untuk menyediakan sahaja donat.

Mini Donat Mudah Senang dan Sedap Tanpa Telur

Puas juga mencari resepi donat untuk disesuaikan dengan bahan-bahan yang ada. Kebanyakan resepi harus juga menggunakan telur dan juga susu pekat manis. Macam mana ni? Kedua-dua bahan ini pun Meen tiada bekalan.

Lalu, Meen putuskan untuk mencuba sendiri mengolah resipi yang ada. Untuk perhatian sahabat semua, Meen tegaskan di sini, resipi ini nanti hendaklah meggunakan tangan bagi membentuk donat itu nanti, kerana doh yang akan terhasil nanti sangat-sangat lembut. Tambahan pula apabila nanti doh itu makin mengembang dek kerana tindakbalas yis itu nanti, semakin lembut .

Mini Donat Mudah Senang dan Sedap Tanpa Telur

Bahan-Bahannya:

Bahan A

  • 1 peket yis mauri-pan 11g
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar gula
  • 1 1/2 cawan air suam
Instant Yeast



Bahan B


  • 4 cawan tepun gandum
  • 3 sudu besar mentega
Tepung Gandum

Marjerin Planta Serbaguna

Bahan C
  • gula castor secukupnya untuk disalutkan kepada donat sebagai hiasan

Cara Penyediaannya:
  1. Sediakan terlebih dahulu Bahan A.
  2. Campurkan kesemua bahan A ke dalam bekas atau jag air dan biarkan selama 20 minit.
Bahan A
  1. Campuran Bahan A ini nanti akan naik berbuih (jadi cari bahan yang agak besar sedikit supaya campuran tidak tumpah keluar).
  2. Setelah menyediakan Bahan A tadi, asingkan ke tepi untuk kita sediakan pula Bahan B (bahan utama dalam membuat donat).
  3. Bahan B ini Meen gaulkan rata dengan'whisk' sehingga menjadi seperti serbuk roti
Bahan B - Serbuk Roti
  1. Dalam pada itu, Bahan A tadi sudahpun naik dan bersedia untuk dicampurkan dengan Bahan B tadi. 
  2. Jadi Bahan A dicampurkan kepada Bahan B.
  3. Meen gunakan sudip kayu untuk mendapatkan doh yang rata.
  4. Setelah rata, biarkan doh tadi di dalam bekas dan ditutup dengan kain lembab selama 15-30 minit (bergantung kepada anda).
  5. Doh tadi akan mengembang. Uli lagi sekali bagi mengeluarkan angin di dalam doh tadi untuk mendapatkan doh yang lebih padat
  6. Kemudian, bolehlah dibahagikan kepada bahagian yang kecil-kecil sebelum dibentuk menggunakan tangan .
  7. Meen lebih selesa membuat bentuk yang comel kerana memikirkan anak-anak yang akan makan nanti. Jadi Meen membentuk Mini Donat.
  8. Mini Donat ini lebih senang dan cepat masak berbanding donat yang bersaiz biasa. 
  9. Tapi terpulanglah kepada anda untuk menentukan saiznya.
  10. Jangan lupa memanaskan kuali dengan minyak yang agak banyak.
  11. Masukkan Mini Donat ketika minyak baru panas dengan api yang sederhana.
  12. Jangan ditinggalkan di atas api Mini Donat tadi walaupun seketika, kerana Mini Donat ini sangat cepat masak.
  13. Masak sehingga kekuningan.
  14. Setelah sedikit sejuk, salutkan dengan gula castor (caranya adalah dengan memasukkan sedikit-sedikit Mini Donat ke dalam bekas bertutup yang ditabur dengan gula castor dan goncang).
  15. Sedia untuk dihidang.
  16. Amat mudah dan jangan lupa mencuba ya.
Mini Donat Mudah Senang dan Sedap Tanpa Telur


Menurut kata Afrina dan Adlina memang sedap. Meen sendiri percaya mereka memang amat tertarik dengan Mini Donat yang Meen sediakan ini.



Manisnya senyum.