14 Risiko Mengandung Lewat Usia
Salam.
Tarikh 26-Januari-2016.
Doktor kata kalau wanita hamil di lewat usia ada banyak risikonya, bukan sahaja kepada kandungan, malah kepada ibu juga.
Bagaimanapun menurut Dr.Rasliza Ramli, doktor pakar O&G di Hospital Pakar KPJ Kajang, secara amnya, tiada had umur tertentu untuk mendefinisikan kehamilan lewat usia, tetapi banyak kajian menunjukkan bahawa wanita di pertengahan usia 30-an jika hamil, menghadapi risiko yang lebih besar untuk mengalami komplikasi kehamilan.
Risiko kehamilan wanita lewat usia boleh diklasifikasikan kepada isu pada awal dan akhir usia kandungan.
1. Keguguran janin
2. Kandungan luar rahim
3. Keganjilan kromosom dan gen
4. Kecacatan kongenital adalah pada kadar yang tinggi
5. Kencing manis
6. Tekanan darah tinggi
7. Masalah uri (placenta praevia dan abruptio placenta)
8. Fibroid semasa mengandung
9. Perinatal morbidity (berat badan lahir rendah, lahir pramatang)
10.Kematian perinatal (kematian bayi dalam kandungan selepas usia kandungan 28 minggu)
11.Kematian neonatal (usia dari lahir hingga umur satu bulan)
12.Kandungan kembar
13.Bersalin melalui pembedahan caesarean
14.Kematian ibu mengandung itu sendiri
Wanita yang hamil lewat usia berisiko 1:150 ataupun kurang! Selain daripada pemeriksaan kesihatan yang perlu dilalui dalam kehamilan biasa, wanita yang hamil lewat usia berkemungkinan perlu melakukan beberapa siri ujian tambahan bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan anak berada pada tahap yang paling optimum.
1. Ujian aneuploidy risk
2. Pemeriksaan nuchal translucency (semasa kandungan 10 - 14 minggu)
3. Invasive prenatal testing (patut dicadangkan yang meliputi chrorinic villus sampling dan amniosentesis
4. Ujian darah
Dalam pada itu, perlu diingatkan bahawa pemeriksaan ultrabunyi adalah lebih berkala. Tujuannya adalah agar dapat mengesan masalah pertumbuhan terencat ketika di dalam kandungan (lUGR) dan lain-lain.
Ketika hamil pula, penjagaan antenatal seawal mungkin perlu dilakukan. Seelok-eloknya, sebelum kandungan berusia 12 minggu. Hal ini penting untuk dilaksanakan agar doktor dapat memastikan kandungan bukan berkomplikasi.
Komplikasi yang dimaksudkan adalah seperti mengandung luar rahim, kandungan anggur, kandungan kembar dan kandungan yang tidak menjadi (missed abortion).
Jika ada penyakit sedia ada seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis serta penyakit berkaitan dengan jantung, ibu mesti dirujuk kepada klinik khas yang dipanggil combine clinic di mana penjagaan ibu hamil yang perlu dijalani sepanjang tempoh kehamilan adalah gabungan penjagaan pakar O&G dan pakar perubatan.
Sementara itu, doktor akan sentiasa membuat penilaian dari semasa ke semasa berkaitan masalah darah beku di dalam pembuluh darah supaya ia dapat mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih buruk daripada terjadi.
Jadi, kepada sahabat yang masih lagi berhajat untuk menambah cahaya mata di lewat usia, ataupun masih lagi berusaha untuk mendapatkan seorang cahaya mata, ambil tahu tentang risiko-risiko ini dan jagalah kesihatan diri sendiri terlebih dahulu. Biarlah keadaan kesihatan kita dalam keadaan baik atau terkawal sentiasa sebelum mengambil keputusan dan usaha untuk meneruskan hajat untuk menimang cahaya mata.
Bukan tidak boleh, cuma risikonya lebih tinggi. Oleh itu, ambillah juga lebih perhatian kepada kesihatan tubuh badan kita. Sekiranya nanti ibu pula yang tidak sihat, bagaimana pula kita hendak menjaga cahaya mata itu nanti?
Selamat berusaha.
Kredit kepada Pa&Ma.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan