7 Adab Di Meja Makan Si Kecil Harus Tahu
Salam.
Tarikh 25-Januari-2016.
Sejuknya rasa perut ibu bila dikurniakan anak yang punya akhlak terpuji. Biarpun masih kecil bukan bermakna anak tidak boleh bersopan santun. Kelakuan yang baik perlu dimulakan sejak kecil lagi di rumah.
Tunjukkan akhlak yang mulia kepada si kecil. Inshaa Allah dia akan menjadikan tabiat baik sebagai amalan seharian. Hal-hal mudah sebelum makan sebenarnya mampu membentuk mereka menjadi anak-anak yang beradab dan berdisiplin.
Jalan-Jalan Cari Makan
1. Basuh tangan
Ajar anak membasuh tangan setiap kali sebelum makan. Mulakan sejak usia mereka setahun lagi. Percayalah si kecil yang cepat belajar akan mudah mengikutnya.
2. Tunggu semua orang
Jangan biasakan anak makan dahulu sebelum semua ahli keluarga ada di meja makan. Adab makan begini sering dilupakan dengan alasan anak masih kecil.
3. Mulakan dengan doa
Baca doa makan dengan kuat agar ia lekat dalam ingatan si kecil. Jangan terkejut apabila tiba-tiba anda mendengar anak sudah boleh membaca doa sendiri setiap kali hendak makan.
4. Tiada permainan
Tetapkan disiplin waktu makan tidak boleh bermain alat permainan video atau sebagainya. Kadang kala kita tersilap, dek kerana mahu si anak makan, dibiarkan dia bermain.
5. Ambil makanan yang berhampiran
Ajar anak sikap tidak tamak. Utamakan mengambil hidangan makanan yang berhampiran dengannya terlebih dahulu.
6. Guna bahasa sopan
Biasakan menggunakan perkataan yang sopan untuk meminta makanan. Misalnya “mama, tolong ambilkan lauk yang itu”. Jangan lupa juga mengajar mereka ucapkan terima kasih setiap kali menerima pertolongan.
7. Ucaplah Alhamdulillah
Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT yang mengurniakan rezeki yang dimakan, didik anak ucapkan Alhamdulillah. Nescaya ia menjadi amalan yang baik.
Kredit kepada Pa&Ma.
Manisnya senyum.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan