Khamis, 21 Januari 2016

Chest Pain - How Can I Know If It Serious?

Salam.

Tarikh 21-Januari-2016.

"Aduh, sakitnya dada ni Abang. Susahnya nak bergerak. Nak angkat barang ringan pun terasa sakit. Eh, takkan saya ni ada masalah jantung?" begitulah yang diadukan kepada "mrPresident" tatkala Meen diserang sakit dada yang menyukarkan Meen untuk bergerak seperti biasa. Sakit yang terasa seperti di tekan-tekan di bahagian dada itu memang amat merunsingkan. Setelah seharian menahan sakit di dada, Meen akhirnya mengalah dan menerima ajakan "MrPresident" untuk dibawa ke sebuah klinik berhampiran rumah.

Sakit Dada

Meen berkongsi info yang diperolehi daripada bahan bacaan BH Sihat tulisan Nasuha Badrul Huzaini untuk sahabat semua. 

Sakit dada berbeza-beza
BH Sihat yang mendapatkan penerangan lanjut darpada Pakar Perunding Perubatan Dalaman Hospital Manipal Klang, Dr Kunalan Suppiah berhung penyakit berkenaan berkata, sakit yang dialami adalah berbeza terhadap setiap individu. 

"Mungkin tanda atau gejalan yang muncul adalah yang berkaitan dengan pelbagai penyakit tetapi ia juga mungkin tidak mewakili sebarang penyakit.

Kemungkinan berlaku pertindihan gejala yang signifikan untuk setiap keadaan jua boleh berlaku.

Doktor akan mengambil beberapa faktor sebelum membuat diagnosis. 

Oleh itu, amat penting bagi pesakit memberikan seberapa maklumat yang mungkin apabila berjumpa doktor. 

Setiap maklumat membantu doktor menilai kebarangkalian setiap penyebab yang mungkin," katanya. 

Sayangi Diri Anda

Info Sakit Dada 
Berikut ialah bahagian tubuh badan yang berpotensi menjadi punca sakit dada
  • Dinding dada termasuk tulang rusuk, otot dan kulit
  • Bahagian belakang termasuk tulang belakang, saraf dan otot belakang
  • Paru-paru, pleura (selaput paru-paru) atau trakea
  • Jantung termasuk perikardium (kantung yang mengelilingi jantung)
  • Aorta
  • Esofagus
  • Diafragma, otot rata yang memisahkan dada daripada rongga abdomen
  • Sakit dari rongga abdomen termasuk organ seperti perut, pundi hempedu dan pankreas, termasuk juga keradangan dari bahagian bawah diafragma disebabkan jangkitan, pendarahan atau jenis-jenis cecair yang lain
Bergantung kepada puncanya, sakit dada yang dialami mungkin bersifat
  • Tajam
  • Tumpul
  • Mendalam
  • Berat 
  • Membakar/ membakar perit
  • Kejang dan sengal
  • Menikam
  • Sensasi ketat, memerah atau menhancurkan

"Sakit dada perlu diambil serius, tidak kira apa puncanya. Pesakit perlu memanggil ambulans dengan segera jika diserang sakit dada yang teruk secara tiba-tiba" Dr Kunalan Suppiah

Punca Sakit Dada

Berpunca dari otot atau tulang
Banyak punca sakit dada adalah berkaitan dengan muskuloskeletal. Trauma (sama ada disebabkan trauma luaran atau tekanan berlebihan). Kesan tekanan ke atas otot itu berkemungkinan disebabkan senaman yang tidak sesuai dan kostokondritis (radang bahagian lemuttulang rusuk) boleh menghasilkan rasa sengal dan kesakitan di kawasan berkenaan. 

Penyebab lain termasuk
  • Tulang rusuk yang cedera, lebam atau patah
  • Sakit otot disebabkan aktiviti fizikal berat atau sindrom sakit kronik 
  • Patah mampatan, menyebabkan tekanan pada saraf
  • Radang tulang sawan yang mencantumkan tulang rusuk kepada tulang dada
  • Sindrom sakit kronik

Sakit dada berpuncakan jantung
  • Serangan jantung
  • Angina - sakit dada disebabkan penyumbatan saluran darah jantung yang mengurangkan aliran darah dan oksigen kepada jantung
  • Perikarditis - radang pundi yang mengelilingi jantung 
  • Miokarditis - radang otot jantung 
  • Kardiomiopati - penyakit oto jantung
  • Diseksi aorta - keadaan yang jarang berlaku membabitkan ruptur arteri utama janyung 
Sakit dada berpuncakan gastrousus
  • Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
  • Masalah menelan berkaitan gangguan esofagus
  • Batu karang 
Pneumonia
Sakit dada berpuncakan paru-paru
  • Pneumonia
  • Pleurisi
  • Virus bronkitis - radang pada selaput tiub bronkial, yang membawa udara ke paru-paru dan asma
  • Pneumotoraks
  • Embolisme pulmonari
Penyebab sakit dada yang lain
  • Kayap - jangkitan saraf dan kulit yang disebabkan oleh virus cacar air
  • Serangan panik
  • Tekanan darah tinggi
  • Mastitis - jangkitan tisu payudara
Bronkitis

Sakit dada perlu diambil serius lebih-lebih lagi sekiranya pesakit mengalami gejala lain seperti sesak nafas, loya, berpeluh atau batuk darah. Selain itu, pesakit mungkin mempunyai risiko penyakit jantung koronari seperti merokok, gemuk, mempunyai tekanan darah tinggi, kencing manis atau kolesterol tinggi. 

Bagi Meen pula selepas doktor melakukan ujian elektrokardiogram yang merekod aktiviti elektrik jantung doktor memutuskan untuk memberikan ubat tahan sakit dan menasihatkan Meen supaya berehat seketika daripada melakukan sebarang aktiviti berat. 

Dan sekiranya sakit dada itu berulang atau berterusan, hendaklah segera ke hospital untuk rawatan lanjut.

Alhamdulillah. Walaupun sakit itu berterusan sehingga Meen lena, tetapi bangun pagi keesokan harinya, Meen telah kembali seperti biasa. Tiada lagi sakit di bahagian dada. 


Kepada sahabat semua, amalkanlah hidup sihat. Seimbangkan dunia dan akhirat. Semoga kita dapat sentiasa dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik. 

Manisnya senyum.

Rabu, 20 Januari 2016

Rainbow Mountains in China - A Wishlist of Mine

Salam.

Tarikh 20-Januari-2016.

Apa khabar sahabat semua?

Meen doakan semua sihat sejahtera dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Meen memang ada banyak "wishlist" pada tahun ini. Tapi biarlah Meen seorang sahaja yang tahu. Bukanlah untuk dikongsi bersama dengan sahabat semua. Malu juga bila membicarakan soal hajat yang mungkin sukar untuk dicapai atau juga tidak begitu relevan pada mata pihak yang memandang.

Namun, kita bukanlah dapat mengukur masa depan seseorang dengan apa yang dilakukannya pada hari ini mahupun esok. Perjalanan kita masih terlalu panjang. Mungkin juga perjalanan kita bertemu penamatnya pada hari esok? Atau mungkin juga perjalanan kita yang selangkah itulah yang membawa kita jauh ke hadapan.

Siapa yang tahu.

Jadi bekerjalah kita seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah kita seolah-olah kita akan mati pada esok hari.

Meen memasang cita-cita untuk sampai ke sini.

Zhangye Danxia Landform Geological Park in China

Allah the Greatest. 

Ini hanyalah apa yang dihamparkan di bumi. Bagaimana agaknya nanti keadaan di syurga? 

Pertama kali melihat gambar-gambar "Rainbow Mountains" ini, Meen terpukau. Terasa seolah-olah bukan lagi di alam nyata. Teringin benar rasanya untuk ke sini. Dapatkah hajat Meen tertunai? Inilah salah satu hajat Meen untuk tahun 2016 ini. Mana mungkin dapat Meen ke sini pada tahun ini. Mungkin juga tahun hadapan pun belum lagi tentu. Tidak mengapalah, asal sahaja Meen akan sampai ke sini pada bila-bila masa pun tidak mengapa. Asalkan kesampaian. Doakan Meen ya sahabat semua. 

Zhangye Danxia Landform Geological Park in China - A Wishlist of Mine

 Zhangye Danxia Landform Geological Park in China - A Place To Go

 Zhangye Danxia Landform Geological Park in China - On The List

Zhangye Danxia Landform Geological Park in China - One Day

 Zhangye Danxia Landform Geological Park in China - Beautiful

Zhangye Danxia Landform Geological Park in China - Amazing

Zhangye Danxia Landform Geological Park in China - My Wishlist

Zhangye Danxia Landform Geological Park in China

Selain berhajat untuk terlebih dahulu menunaikan umrah bersama keluarga tercinta, ini adalah tempat yang paling ingin Meen lawati buat masa ini. Entah kenapa, memang jatuh cinta tatkala pertama kali melihat gambar-gambar "Rainbow Mountains" ini.

Senyum. Senyum. Senyum.

Manisnya senyum.

Isnin, 18 Januari 2016

Roar Power - "MrPresident" As I Know

Salam.

Date 18-January-2016.

"MrPresident" 

First day I've met him in Shimizu Corporation at Jalan Sultan Ismail on 18-September-2006.

It have been almost 10 years since the first day he smiling at me.

Not even once in my mind, that I will have this serious relationship with him, "husband and wife".

But.

When he does something he does it 100%.

His style is very explosive and very committed.

Then I fall. Fall in love with him and now we already have three adorable kids.

Wish that this journey of my life with him will last till Jannah.

magazinesbymeen
Shine On You "MrPresident"

magazinesbymeen
There's A Light Awaiting

His Cinta Hati Before Becoming an Abah

Echa and Angah - Together Forever

magazinesbymeen
 Puncak Gunung Tahan

 Friends Forever

magazinesbymeen
Friends Forever Friends

magazinesbymeen
Finally

magazinesbymeen
With Friends Favourite Pose

magazinesbymeen
His Nature Bidadari?

Thank you for being there when I needed you. 

How I wish that I am the best for you. 

I love you "MrPresident".

Pray that shine will always be with you. 

"Always try to be a rainbow in someone's cloud" - That's you. 

Manisnya senyum.

Sabtu, 16 Januari 2016

9 Tips Kekal Sihat di Musim Panas

Salam.

Tarikh 16-Januari-2016.

Bumi semakin tua. Suhu di bumi semakin meningkat saban tahun. 

Apakah yang kita telah usahakan bagi menjaga bumi kita? Cukupkah apa yang diusahakan kita bagi memastikan kelangsungan bumi untuk anak-anak dan generasi masa akan datang? Bersediakah kita bagi menghadapi perubahan drastik sekiranya nanti bumi tidak lagi mahu bersahabat dengan kita?

Bumi - Bukan Hanya Kita Punya

Begitupun, apa yang telah kita lakukan walaupun kita sedia maklum akan perubahan iklim bumi akibat daripada perbuatan kita sendiri. 

Cubalah lakukan sedikit perubahan walaupun kecil, walaupun tidak nampak pun di mata orang lain, walaupun tiada sesiapa pun yang menghargai usaha kita, walaupun kita terpaksa mengorbankan sebahagian kecil daripada masa dan tenaga kita. 

Asalkan bumi tahu. Itu pun sudah cukup. Bersahabatlah kita dengan baik terhadap bumi. 

Oleh kerana iklim bumi semakin meningkat dan kita pun terpaksa memastikan badan kita kekal sihat sepanjang musim panas ini, ada baiknya kita amalkan sembilan tips bagi kekal sihat ini. 

Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

Kredit kepada KKM

9 Tips Kekal Sihat di Musim Panas

  1. Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal - pastikan juga anak-anak menghabiskan bekalan air minuman yang dibekalkan ke sekolah
  2. Gunakan kipas/pendingin hawa untuk menyejukkan badan - atau kita boleh juga memastikan waktu mandi anak-anak mengikut jadual
  3. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti di luar rumah - sekiranya perlu juga menghadiri aktiviti di luar rumah, pilihlah waktu di awal pagi kerana cuaca masih lagi dingin dan boleh juga pilih aktiviti yang boleh dilakukan di dalam dewan 
  4. Pakai losyen pelindung suria
  5. Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan bergula
  6. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  7. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa
  8. Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh
  9. Pakai topi atau payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Sama-sama kita jaga diri dan jaga keluarga.

Buat sahabat semua, sila pantau kesihatan anak-anak bagi mengelakkan mereka sakit. Maklumlah persekolahan baru sahaja bermula. Zaman sekarang zaman pantas. Sekiranya nanti anak-anak terpaksa pula direhatkan daripada bersekolah, banyak juga pelajaran yang akan tertinggal. Elakkanlah daripada mereka terpaksa bercuti daripada persekolahan. Musim panas ini, kes-kes denggi juga makin meningkat. Jadi, sama-samalah kita menjaga kesihatan anak-anak dan kebersihan rumah dan persekitaran kita.

Manisnya senyum.

Isnin, 11 Januari 2016

Ucaplah Yang Baik-Baik

Salam.

Tarikh 11-Januari-2016.

Apakah pengertian ucapan yang baik?

Ucapan yang baik adalah ucapan yang boleh membawa kebaikan kepada orang yang berkata dan mendengar.

Ucapan yang baik juga termasuk di dalam salah satu cabang untuk berakhlak mulia.

Ajarilah dan didiklah anak-anak kita supaya sentiasa mengucapkan kata-kata yang baik-baik sahaja.


Adlina Anak Bijak

Semoga berjaya menjadi anak yang berakhlak mulia Adlina.

Adlina anak berakhlak mulia.

Manisnya senyum.

Ahad, 10 Januari 2016

Siput Trackerzs dan KL Forest Eco Park atau Hutan Simpan Bukit Nanas

Salam.

Tarikh 10-Januari-2016.


KL Forest Eco Park

Meen ke Bukit Nanas. 

Hutan Simpan Bukit Nanas. 

Taman Eko Rimba KL. 

KL Forest Eco Park. 

Senyum.

Sampai memang sangat-sangat awal pada pukul 8 pagi. Menurut "mrpresident", pertemuan diatur pada pukul 8 pagi. Oleh kerana Meen memang menunggu-nunggu sahaja untuk membawa anak-anak bersia-siar menikmati alam, Meen pun bangun awal untuk menyediakan sarapan pagi. Selepas berkira-kira di antara untuk menikmati sarapan di rumah ataupun bersarapan di Selangor Mansion, Meen ambil keputusan untuk bersarapan sahaja di rumah memandangkan semalam, hari kami juga penuh dengan aktiviti. 

Melihatkan anak-anak yang masih lena diulit mimpi indah, tidaklah sampai pula hati ingin mengejutkan mereka bangun awal semata-mata untuk bersarapan di luar. Selesai bersarapan nasi goreng yang Meen sediakan, kami bergegas keluar untuk segera sampai ke destinasi. 

Semasa dalam perjalanan ke Hutan Simpan Bukit Nanas, kedengaran suara DJ di KLFM menyampaikan ucapan "mrpresident" kepada Siput Trackerzs and friend yang akan beriadah di Hutan Simpan Bukit Nanas. Memang kebiasaannya, ucapan "mrpresident" disambut baik oleh DJ Zulastree satu-satunya pokok yang boleh bercakap di KL. Tersenyum lebar Meen mendengarkan ucapan dari "mrpresident". 

Hutan Simpan Bukit Nanas. Inilah kali pertama Meen ke sini. Begitu juga anak-anak. Tapi buat "mrpresident", tak tahulah Meen kali yang ke berapa ya? Tapi itu dulu. Dulu juga ada disediakan kereta kabel di sini. Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi.

Memang menceriakan bila keluar di awal pagi. Pada Meen, sekiranya merancang untuk apa-apa pun, biarlah di awal pagi. Selesa. Bukan sahaja buat diri kita, tapi juga untuk anak-anak. Terutama yang mempunyai anak kecil.


Bersama Siput Trackerzs

Perjalanan kami bersama Siput Trackerzs  di Hutan Simpan Bukit Nanas sangat santai. Dah namanya pun hutan Simpan Bukit Nanas kan. Sekadar berjalan-jalan mengambil angin luar sambil menghirup udara segar. Memang sangat-sangat mengujakan berjalan bersiar-siar di dalam hutan simpan bersama-sama anak-anak. Siput Trackerzs pula memang amat friendly dan ramah melayan anak-anak. Terima kasih!

Ingin juga lain kali agaknya Meen ke sini semula. Mungkin juga nak dijadikan aktiviti tahunan. Paling tidak, masih ada lagi hutan simpan di KL yang masih boleh dikunjungi. 

Afrina dan Kawan Baru
Afrina and Her New Geng

Adlina - The Independent Girl
 Afrina Excitement

Afrina with Kak Mel


"mrpresident" the Great Dad


Adlina and KL Tower


 My Sister is Awesome


 Abah - We Love You


Nice Pose Afrina


Adlina

Hutan Simpan Bukit Nanas merupakan satu-satunya hutan asli yang masih wujud di tengah -tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan merupakan hutan simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia. Hutan yang dikelilingi dengan hutan batu ini menjadikannya penting dalam memainkan peranan sebagai Green Lung di Kuala Lumpur. 

Moga-moga dapat lagi Meen ke sini semula bersama anak-anak. Asal sahaja bersama keluarga tercinta, aktiviti apapun sudah cukup membahagiakan. 

Manisnya senyum.

Jumaat, 8 Januari 2016

Afrina dan Ayam Goreng Kesukaannya

Salam.

Tarikh 8-Januari-2016.

magazinesbymeen.blogspot.my
Ayam Goreng Kesukaan Afrina

Afrina memang menggemari ayam goreng.

Suatu hari, kunyit  serbuk di rumah telah kehabisan tanpa Meen sedari. Mengambil inisiatif, Meen menumbuk kunyit hidup sebagai ganti serbuk kunyit kerana hendak juga menunaikan hasrat Afrina untuk menikmati hidangan ayam goreng.

Bermula daripada hari itulah, Meen lebih gemar menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk untuk menggoreng ayam.

Rasanya memang punya rasa yang tersendiri.

Resipi kali ini memang amat ringkas sahaja, tetapi mungkin boleh menjadi pembuka selera buat anak-anak.

Jom Meen kongsikan resipi menggoreng ayam Meen yang menjadi kesukaan anak-anak terutama sekali Afrina.


magazinesbymeen.blogspot.my
Ayam Goreng Kesukaan Afrina

Ayam Goreng Kesukaan Afrina

Bahan-bahannya:

  • 800 gm ayam (bersihkan)
  • 3 inci kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih (agak besar saiznya)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
magazinesbymeen.blogspot.my
4 Bahan-Bahan Untuk Ayam Goreng

Cara Penyediaannya:
  1. Bersihkan ayam dan toskan. 
  2. Masukkan ayam ke dalam bekas berpenutup dan perisakan dengan sedikit garam.
  3. Tumbuk pula kunyit dan bawang putih sehingga lumat.
  4. Kaut bahan tumbuk dan lumurkan dengan ayam tadi.
  5. Perapkan seketika selama 15 minit.
  6. Sedia untuk digoreng.
  7. Sedia untuk dimakan. 
magazinesbymeen.blogspot.my
Langkah Penyediaan
Cubalah sekali sekala sahabat menukar menggunakan serbuk kunyit kepada kunyit hidup yang ditumbuk lumat untuk menggoreng ayam. 

Rasanya memang sedap dan tersendiri. 


Manisnya senyum.