Sabtu, 16 Januari 2016

9 Tips Kekal Sihat di Musim Panas

Salam.

Tarikh 16-Januari-2016.

Bumi semakin tua. Suhu di bumi semakin meningkat saban tahun. 

Apakah yang kita telah usahakan bagi menjaga bumi kita? Cukupkah apa yang diusahakan kita bagi memastikan kelangsungan bumi untuk anak-anak dan generasi masa akan datang? Bersediakah kita bagi menghadapi perubahan drastik sekiranya nanti bumi tidak lagi mahu bersahabat dengan kita?

Bumi - Bukan Hanya Kita Punya

Begitupun, apa yang telah kita lakukan walaupun kita sedia maklum akan perubahan iklim bumi akibat daripada perbuatan kita sendiri. 

Cubalah lakukan sedikit perubahan walaupun kecil, walaupun tidak nampak pun di mata orang lain, walaupun tiada sesiapa pun yang menghargai usaha kita, walaupun kita terpaksa mengorbankan sebahagian kecil daripada masa dan tenaga kita. 

Asalkan bumi tahu. Itu pun sudah cukup. Bersahabatlah kita dengan baik terhadap bumi. 

Oleh kerana iklim bumi semakin meningkat dan kita pun terpaksa memastikan badan kita kekal sihat sepanjang musim panas ini, ada baiknya kita amalkan sembilan tips bagi kekal sihat ini. 

Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

Kredit kepada KKM

9 Tips Kekal Sihat di Musim Panas

  1. Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal - pastikan juga anak-anak menghabiskan bekalan air minuman yang dibekalkan ke sekolah
  2. Gunakan kipas/pendingin hawa untuk menyejukkan badan - atau kita boleh juga memastikan waktu mandi anak-anak mengikut jadual
  3. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti di luar rumah - sekiranya perlu juga menghadiri aktiviti di luar rumah, pilihlah waktu di awal pagi kerana cuaca masih lagi dingin dan boleh juga pilih aktiviti yang boleh dilakukan di dalam dewan 
  4. Pakai losyen pelindung suria
  5. Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan bergula
  6. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  7. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa
  8. Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh
  9. Pakai topi atau payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Sama-sama kita jaga diri dan jaga keluarga.

Buat sahabat semua, sila pantau kesihatan anak-anak bagi mengelakkan mereka sakit. Maklumlah persekolahan baru sahaja bermula. Zaman sekarang zaman pantas. Sekiranya nanti anak-anak terpaksa pula direhatkan daripada bersekolah, banyak juga pelajaran yang akan tertinggal. Elakkanlah daripada mereka terpaksa bercuti daripada persekolahan. Musim panas ini, kes-kes denggi juga makin meningkat. Jadi, sama-samalah kita menjaga kesihatan anak-anak dan kebersihan rumah dan persekitaran kita.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan