Ahad, 21 Ogos 2016

Bila Kereta Rosak di Lebuh Raya

Salam.

Tarikh 21-Ogos-2016.

Hari ini merupakan hari kami diuji lagi.

Majlis perkahwinan adik perempuan Meen baru sahaja selesai semalam.

Disebabkan Afrina mempunyai ujian pula pada hari Isnin, Meen mengambil keputusan untuk pulang ke KL kerana kasut sekolah dan baju-baju sekolah Afrina belumpun lagi dapat disiapkan sebelum Meen pulang ke Melaka pada hari Jumaat lalu. '

Sedang dalam perjalanan pulang daripada Melaka ke Kuala Lumpur, sebelum R&R Nilai, tiba-tiba terasa gegaran yang amat sangat pula di dalam kereta.



Pada mulanya Meen hanya membiarkan "Mr President" yang keluar kereta untuk melihat kerosakan yang mungkin berlaku. Rupa-rupanya kali ini tayar kereta pecah pula.

Mengambil keputusan untuk tidak panik, Meen ,memikirkan kemungkinan-kemungkinan untuk memudahkan perjalanan kami supaya sampai cepat ke KL.

Sedang Meen dan "Mr President" mencari-cari solusi yang mungkin ada, akhirnya wakil daripada ajen insurans menghubungi kami dan memberitahu bahawa mereka akan menghantar "towing car" dalam kadar 1 jam masa perjalanan.



Fuh, lega rasanya. Sementara menunggu "towing car" tiba, Meen mengajak "Mr President" berteduh di bawah flyover sambil membawa anak-anak yang sudah terjaga daripada tidur kerana kepanasan.

Berbekalkan rambutan yang dibawa dari Melaka, dan bekalan air sirap serta susu buat Adlina dan Affan, kami berpiknik pula di bawah "flyover".



Begitulah ujian buat kami semalam. Mujur tiada kemalangan yang berlaku. Hanya kereta yang mengalami kerosakan. Meen bersyukur kepadaNya kerana menguji kami dengan ujian yang kecil sebegini. Alhamdulillah.


Jadi, Meen nak berkongsi di antara tips yang boleh digunakan bagi menghadapi situasi kerosakan atau masalah pada kereta ketika dalam perjalanan jauh bersama anak-anak kecil.

#1. Bertenang dan jangan panik.
#2. Bersyukur kerana kita masih diberikan peluang untuk menyedari kerosakan pada kereta dan
      tiada kemalangan jiwa yang berlaku disebabkan keroskan itu.
#3. Hubungi ejen insurans kenderaan (dalam hal ini, "Mr President" beruntung
      sedikit kerana insurans kenderaan kereta kami dibuat oleh orang yang sama setiap tahun dan ejen
      itu adalah sahabat sepermainannya sedari kecil).
#4. Sekiranya tidak dapat juga menghubungi ejen insurans kenderaan anda, silalah menghubungi
      plusline careline yang nombornya boleh didapati di belakang kad touch and go.
#5. Berdoa dan terus berdoa semoga Allah memudahkan urusan.
#6. Cuba memaklumkan kepada sahabat handai atau saudara mara keadaan anda, supaya
      mereka sedia maklum. Maklumlah, apabila bersama dengan anak-anak kecil segala kemungkinan
      harus difikirkan sebagai persediaan.
#7. Jangan lupa juga memaklumkan keadaan anda apabila telah selamat sampai ke destinasi.




Terima kasih kerana sudi membaca penulisan Meen yang serba kekurangan ini. Sekadar berkongsi pengalaman dan kisah hidup.




Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan