Hari ini Meen mencuba menyediakan menu nasi lemak buat anak-anak. Semalam, Meen hanya menyediakan jemput-jemput buat mereka kerana kekangan masa. Meen masih lagi tidak pantas dalam menjaga tiga orang anak tanpa pengawasan orang dewasa di sisi mereka. Risaukan juga keselamatan mereka, Meen mengambil jalan pintas hanya menyediakan menu ringkas.
Rasa bersalah menghantui diri apabila bangun pagi ini. Cepat-cepat Meen ke dapur dan memasang niat untuk menyediakan nasi lemak kepada mereka. Alhamdulillah, ini yang terbaik dapat Meen sediakan.
Nasi lemak bersama sambal tumis ikan talang, telur rebus, kacang dan ayam goreng buat anak-anak kesayangan Meen. Moga mereka membesar sihat sempurna.
Kepada mereka yang nak mencuba, inilah resepinya.
Menu Nasi Lemak
Nasi Lemak Berhalia
Bahan-bahannya:
- 4 bahagian beras
- 2 bahagian santan
- 2 bahagian air
- 1 potong halia
- 2 helai daun pandan
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaanya:
- Basuh bersih beras
- Masukkan 2 bahagian santan
- Masukkan 2 bahagian air atau cukupkan dengan air (Meen tidak pandai sukat menggunakan jari).
- Masukkan daun pandan dan halia.
- Perasakan dengan garam.
- Siap untuk dimasak didalam periuk nasi elektrik.
- Sedia untuk dihidang.
Nasi Lemak Ahad
Ayam Goreng Kunyit
Bahan-Bahannya:
- Beberapa ketul ayam
- 1 inci kunyit
- Satu ulas bawang putih
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaannya:
- Pastikan ayam tidak lagi sejuk beku.
- Tumbuk lumat kunyit dan bawang putih.
- Gaulkan dengan ayam.
- Perasakan dengan garam.
- Biarkan selama 15 minit atau lebih (sementara itu, bolehlah disiapkan menu yang lain)
Ayam Goreng Kunyit
Sambal Tumis Ikan Talang
Bahan-bahannya:
- Beberapa potong ikan talang (lebihkan mengambil bahagian isi)
- 2 sudu besar cili kering kisar atau cili boh (cili kering yang dibeli biasanya akan di kisar dengan mesin pengisar terlebih dahulu oleh saya untuk memudahkan penyediaan memasak)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecil gula
- Minyak untuk menggoreng
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaannya:
- Goreng ikan terlebih dahulu.
- keluarkan ikan dari kuali.
- Tumis cili kering kisar sehingga garing.
- Masukkan semua jenis sos.
- Masukkan gula.
- Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Sedia untuk dihidang/
Sambal Tumis Ikan Talang
Tumis Garing Cili Kisar
Ikan Talang Diketepikan
Ikan Talang Goreng
Setelah siap sambal tumis tadi, boleh direbus telur selama 10 init dan dimandikan telur tadi dengan air yang berisi ais, untuk mendapatkan telur yang menyelerakan.
Telur Rebus 10 minit
Kacang pula Meen goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga garing dan kemudian ditampi untuk dibuang kulitnya.
Sekian sahajalah perkongsian Meen buat kali ini. Kepada anda yang nak mencuba, jangan tangguh-tangguhkan niat baik anda untuk menyediakan hidangan kepada yang tersayang. Mudah sahaja. Pasti boleh.
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan.
Hilang emak hilang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan?
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan