Hari ini, awal-awal pagi lagi langit mendung tandanya hujan yang nak turun.
Meen yang pada mulanya sudahpun berjanji untuk melayan anak-anak ke kolam renang, terpaksa menukar rancangan. Mereka menunjukkan ekspresi kecewa pada wajah masing-masing. Lantas, ini sahajalah yang Meen cuba untuk menceriakan kembali suasana.
Main ambil gambar bersama mereka.
Afrina teruja bergambar bersama adik-adiknya. Adlina keletihan akhirnya. Affan asyik tersenyum manis. Alhamdulillah, dapat juga Meen ceriakan anak-anak di awal pagi.
Kepada anda semua, jangan lupa luangkanlah sedikit daripada masa kita untuk bersama dengan anak-anak, melayan kerenah dan mendengar cerita daripada mereka. Berapa jam agaknya dalam sehari masa yang kita luangkan bersama anak-anak? Berkualitikah masa yang kita luangkan itu? Dalam seminggu, apakah aktiviti kita bersama anak-anak?
Belajar menjadi lebih baik.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan