Jumaat, 11 Disember 2015

Selamat Hari Lahir - Nur Adlina Nafiah

Salam.

Tarikh 11-Disember-2015.

Maka genaplah sudah Nur Adlina Nafiah Binti Afiro berusia dua tahun. Syukur Meen masih lagi dikurniakan dengan cahaya mata walaupun sebelah tiub Fallopio Meen telah dibuang akibat dari 'Ruptured ectopic Pregnancy' yang dialami Meen dua tahun yang lalu. 

Anak Meen yang ke-2 ini memang sentiasa menceriakan suasana dan menghiburkan sesiapa yang mendampinginya. Tetapi amat sukar untuk menerima orang yang tidak dikenalinya. Bukan mudah-mudah untuk Adlina menerima seseorang untuk berkawan dengannya. 

Pelbagai peristiwa berlaku semasa mengandungkan Adlina, termasuklah pengalaman menghadapi Bell's Palsy. Peristiwa yang memberikan Meen perspektif berbeza dan nilai kesihatan diri. Cerita mengenai Beel's Palsy itu, nanti sahajalah Meen kongsikan. 

Selamat Hari Lahir yang ke-2 anakku.

 Nur Adlina Nafiah Binti Afiro

Kek Aiskrim yang Paling Comel
Pandangan Kasih Kakak dan Adik

"Malu-Malu Kucing"

Bacalah Doa

'Peace'

Aksi Nakal

Alhamdulillah, dapat juga meraikan Hari Lahir Adlina yang ke-2 walaupun hanya dengan sebuah kek aiskrim. Terima kasih 'mrpresident' yang membantu membelikan kek aiskrim yang paling comel. 

Manisnya senyum. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan