Sabtu, 24 Oktober 2015

Happy Birthday Afrina!

Salam.

Tarikh 24-Oktober-2015.

Hari ini hari jadi Afrina.

Pejam celik pejam celik Afrina sudahpun menginjak ke usia 6 tahun. Terlalu pantas rasanya masa berlalu. Masih teringat peristiwa 6 tahun lepas semasa bersalinkan Afrina.

Afrina's 6th Birthday


Hari ini, Afrina berlagak seperti orang dewasa lagaknya. Seakan dia tidak langsung mengingati hari jadinya. Walaupun jauh di sudut hatinya akan ada sambutan meraikan ulang tahunnya yang ke-6.

Meen pula sengaja ingin melihat gelagatnya, bila mana Meen berlakon seolah-olah memang tidak langsung teringat akan hari jadinya.

Yang sebenarnya, "mrpresident' sudahpun awal-awal menempah kek hari jadinya yang ke-6 ini. Namun, oleh kerana ada pula 'tournament' boling yang dianjurkan syarikat tempat berkerja 'mrpresident', jadi terpaksalah Meen menunggu hingga ke petang untuk 'mrpresident' membawa pulang kek hari jadi itu dan barulah dapat Meen meraikan hari jadi Afrina.





Sebenarnya sebelum'mrpresident' melangkah keluar rumah, sengaja Meen bisikkan di telinganya, "kalau boleh, bawalah pulang hadiah". Tak sangka juga, termakbul hajat di hati Meen.

Boleh dikira berapa kali agaknya dalam setahun 'mrpresident' bermain bowling. Seingat Meen juga, untuk tahun 2015 ini, belum sekalipun lagi 'mrpresident' bermain bowling.

Almaklumlah, tahun 2015 ini, minat untuk kembali masuk ke hutan mencanak naik. Tambah-tambah lagi selepas pulang dari Kinabalu pada Mei lepas.

Alhamdulillah, kalau itu yang diminati 'mrpresident', Meen pun akan sokong juga. Seperti mana 'mrpresident' sokong Meen bila Meen perlukan dia di sisi.

Berbalik semula kepada cerita hari jadi Afrina.

Semoga Afrina menjadi anak yang baik dan menjadi manusia yang boleh beri manfaat kepada orang lain. 

Semoga Afrina juga berjaya menjadi 'role model' buat adik-adik nanti.



Happy 6th Birthday Afrina

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan