Tarikh 1 November 2015.
Serasa terlalu pantas masa berlalu.
Bagaimana permulaan hari anda hari ini?
Harap semuanya berjalan lancar dan dimudahkan segala urusan anda.
Semalam 'mrpresident' ke Bukit Tabur. Bila lihat-lihat dalam gambar yang diletakkan di facebook miliknya, terasa semacam nak mengikutinya pula satu hari nanti. Tunggulah bila saya boleh bawa sekali anak-anak bersama saya, kerana buat masa ni memang saya akan bawa anak-anak ke mana sahaja yang saya pergi. Amat-amat inginkan mereka bersama saya ke mana-mana. Jadi, ini antara gambar-gambar yang saya ambil dari facebook miliknya.
Enjoy!
Sementara 'mrpresident' ke Bukit Tabur, saya pula sibuk nak mencuba resipi baru yang perlu menggunakan ini di dalam resipi saya.
Ini yis mampat segar yang dibeli oleh 'mrpresident' saya. Sebenarnya saya hanya mahukan yis serbuk sahaja, namun oleh kerana sayang untuk dibiarkan begitu sahaja, lebih baik saya bereksperimentasi menggunakan yis mampat segar ini.
Ala-ala masterchef lagaknya, saya pun menggunakan ilmu dari sahabat baik saya, mrgoogle untuk mencari resipi yang menggunakan yis mampat segar ini.
Dan hasilnya, saya telahpun mengambil keputusan untuk menghasilkan donat yang paling mudah untuk dibuat. Sementelah, bahan-bahannya sudah tersedia ada di rumah.Setelah menyediakan bahan-bahan dengan mengikut sukatan, saya pun memulakan eksplorasi saya untuk membuat donat.
Namun, dek kerana donat yang saya hasilkan tidak melepasi piawaian saya, walaupun menurut kata anak saya sedap, saya tidak berahi pun untuk mengambil gambar-gambar mereka (donat-donat tersebut). Hahaha.
Sampai jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan