Khamis, 14 April 2016

Pendakian Bersama "MtPresident" ke Gunung Datuk

Salam.

Tarikh 15-April-2016.

Entah kenapa mata masih lagi belum mahu dilenakan. Mungkin juga terlalu banyak perkara yang bermain-main di kepala Meen buat masa sekarang. Entahlah.

Diam tak diam rupanya telahpun 7 tahun selepas Meen mendaki buat pertama kalinya bersama "MrPresident" tercinta ke Gunung Datuk di Rembau yang berketinggian 880 meter.

Tarikh 12-April-2009. Pada waktu itulah juga Meen telah disahkan hamil buat pertama kalinya dan kandungan telahpun masuk bulan yang ketiga.

Entah daripada mana keinginan untuk ke hutan bersama "MrPresident" datang tanpa diduga.

Meminta keizinan daripada "MrPresident" untuk turut sama mendaki, akhirnya "MrPresident" akur untuk turut sekali membawa Meen bersama.

Perjalanan yang bermula selepas Maghrib itu, dimulakan dengan membaca doa supaya dimudahkan perjalanan kami mendaki dan selamat juga turun.

"MrPresident" amat teruja bagi memastikan Meen dijaga rapi olehnya, jika dikenangkan semula sekarang, boleh tergelak sendiri dibuatnya.

Keinginan Meen untuk masuk ke hutan dan mendaki  itu disimpan dan dijaga rapi oleh "MrPresident' kerana bimbang jika nanti diketahui oleh orang tua yang banyak pantang larangnya.

Perjalanan mendaki mengambil masa yang panjang daripada kebiasaan dan "MrPresident" memang tak pernah lekang dengan senyuman dan galakan sepanjang kami mendaki.

Mujur juga rakan-rakan "MrPresident" amat memberi galakan dan sokongan.

Manisnya Senyum

Setia Menemani
Sampai Akhirnya
Pemandangan Di Puncak

Kerana Senyuman Itu




Tujuh tahun telahpun berlalu semenjak Meen dan "MrPresident" mendaki bersama di Gunung Datuk, Rembau.

Meen mengharapkan agar masih lagi berkesempatan untuk mengulangi detik-detik terindah itu semula nanti.

Gunung Datuk - Penyuntik Semangat.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan