Rabu, 2 Mac 2016

Breastfeeding Intelligent Affan

Salam.

Tarikh 3-Mac-2016.

Hari ini genap 9 bulan Affan dilahirkan. Cepat betul masa meninggalkan kita. Hanya tinggal kira-kira 100 hari sahaja lagi sebelum ketibaan bulan Ramadhan dan hanya tinggal 10 bulan sahaja untuk kita berada di dalam tahun 2016. 

Affan sehingga kini menyusu penuh susu badan. Alhamdulillah. Telahpun 9 bulan Affan minum susu ibu sepenuhnya. Meen berharap Affan akan dilimpahi dengan nikmat dan khasiat sepenuhnya hasil daripada kerja keras Meen menyusukan Affan sehingga ke hari ini. 

Kenapa Meen bekerja keras menyusukan Affan?

Ini sebabnya.


magazinesbymeen.blogspot.com
Intelligent Affan


Dunia kini lebih menyedari kepentingan menyusukan anak dengan susu ibu. Di dalam Islam dinyatakan bahawa susuilah anak dengan susu ibu sehingga berumur 2 tahun

Jadi apa agaknya kebaikan yang diakui oleh dunia kini?

Kesan penyusuan ibu ke atas kepintaran kanak-kanak semakin diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga untuk meningkatkan perkembangan otak. Susu ibu mengandungi segala nutrien yang penting untuk perkembangan otak.
  • Lemak – Susu ibu mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin juga pemielinan).
  • Kolestrol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat, yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi.
  • Taurina – Taurina adalah asid amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada makanan yang diberikan.

magazinesbymeen.blogspot.com
Affan at 9 Months Old


Jom sama-sama kita jayakan penyusuan susu ibu kepada anak-anak kita.

Peluang yang diberikan jangan disia-siakan.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan