Selasa, 1 Mac 2016

3 Cara Kekalkan Momentum Terus Ke Hadapan

Salam.

Tarikh 2-Mac-2016.

Hari ini sudahpun masuk hari yang kedua di bulan Mac tahun 2016. Cepat betul masa berlalu.

Bagaimana perjalanan sahabat semua pada tahun 2016?



Apapun yang kita lalui, ataupun terpaksa kita hadapi, teruskanlah juga perjalanan kita selangkah demi selangkah. Jangan cepat mengalah. Percayalah, kita sudah hampir kepada kejayaan.

Jom Meen kongsi 3 cara untuk  kita kekalkan momentum supaya terus melangkah ke hadapan.


3 Cara Kekalkan Momentum Terus Ke Hadapan



#1 Bangun Seawal Pagi 
Cara yang terbaik untuk kita mengekalkan momentum dan semangat untuk terus melangkah biarpun dalam apa cara sekalipun adalah, bangun di awal pagi. Bangun pada pagi hari terutama bagi sahabat muslim, adalah salah satu cara untuk menjemput rezeki. Percayalah, memang banyak kelebihan sekiranya dapat kita amalkan bangun pada pagi hari. Sekiranya kita benar-benar berazam, tentu ada cara untuk kita memperbaiki jadual harian kita supaya dapat bangun awal pagi.







#2 Pentingkan Kuantiti Bukan Kualiti
Meen dahulunya memang seorang yang amat menjaga kualiti. Tidak kiralah apa sahaja. Kalau boleh semuanya hendak diselesaikan dengan sempurna dan cantik pada pandangan mata. Namun, setelah mempunyai 3 orang cahaya mata, apa yang lebih Meen utamakan adalah selesainya sesuatu tugasan itu, bukan bagaimana hasilnya diselesaikan. Contohnya, jika dahulu, Meen amat menitikberatkan cara melipat pakaian, tapi kini, Meen cuba untuk selesaikan melipat pakaian dengan cara yang amat mudah dan ringkas. Apa yang penting, pakaian yang dilipat nanti masih boleh dan senang untuk dicari, bukannya hanya terlonggok di dalam bakul pakaian. Manakala pakaian yang hendak digosok pula, Meen terlebih dahulu menggantungnya untuk memudahkan kerja menggosok dan tidak perlu membuang masa melipatnya dahulu. Ini hanyalah contoh yang paling mudah.





#3 Masa Berputar dan Berputar
Ini yang paling penting. Jagalah masa. Apabila kita dapat menjaga masa, kita akan dapat menjaga dan mengawal persekitaran kita dengan lebih teratur. Bagaimana untuk menjaga masa? Bagi muslim, kepentingan menjaga masa sudah diterapkan oleh Islam sedari kecil iaitu dengan hanya menjaga solat, inshaa Allah dapatlah kita menjaga masa kita. Solat wajib dikerjakan  kali sehari semalam oleh orang Islam. Ini yang dituntut oleh agama Islam. Dengan keupayaan kita menjaga solat, maka akan bertambahlah nilai diri kita dan keupayaan menguruskan urusan duniawi ini.

Semoga dapat sama-sama kita amalkan, sahabat.

Jangan pernah berhenti berdoa.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan