Selasa, 1 Disember 2015

Jemput-Jemput Kentang dan Hajat Afrina

Salam,

Salam semua. Hari ni dah pun masuk 1-Disember-2015.

Selamat datang Disember.

Begitu pantas sekali masa berlalu. Tak sekalipun menunggu kita.

Akhirnya semalam barulah dapat Meen tunaikan hajat puteri kesayangan Meen. Walaupun hajat Afrina tidaklah sesukar mana untuk ditunaikan, namun kadangkala kekangan masa yang membataskan semua.

"Mama, nanti buatkan Kak Long jemput-jemput kentang macam Wan buat ya, Mama". Itulah hajat Afrina. Meen sudah pun telefon Mak bertanyakan resipi jemput-jemput kentangnya.

Jemput-Jemput Kentang

Bahan-Bahannya:

  • Tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji kentang
  • Air secukupnya
  • Telur (pilihan)
  • Minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya:
  1. Kupas kentang dan potong dadu kecil-kecil.
  2. Masukkan tepung.
  3. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Masukkan pula sebiji telur (ini terpulang juga kepada citarasa kita, samada mahu dimasukkan telur ataupun tidak)
  5. Masukkan pula air (kuantiti air bergantung kepada citarasa kita)
  6. Setelah semua bahan-bahan digaul, panaskan kuali dan jemputlah adunan tadi ke dalam kuali. 
  7. Selamat mencuba! 
Jemput-Jemput Kentang Tanpa Telur

Jemput-Jemput Kentang dengan Telur

Dua gambar di atas adalah jemput-jempu yang disediakan Meen dalam masa yang sama. Cuma satu bancuhan disediakan tanpa telur dan satu lagi disediakan dengan telur.

Terpulang kepada citarasa anda semua untuk mencuba.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan