Rabu, 2 Disember 2015

6 Rahsia Kurma yang Menakjubkan

Salam.

Kurma mempunyai nilai makanan yang tinggi.

Kandungan gula di dalam kurma ditukar secara semulajadi. Ini bermaksud, apabila badan kita mengambil kurma sebagai hidangan, tenaga yang diserap oleh tubuh adalah serta merta.

Ketahui 6 Rahsia Kurma yang Menakjubkan 
1. Amat Baik dimakan oleh Wanita Mengandung sehingga Bersalin

  • buah kurma amat baik untuk wanita yang mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah)
2. Mengatasi Anemia atau Kurang Sel Darah Merah
  • penyakit anemia disebabkan kerana kekurangan zat besi. Zat besi menjadi suatu komponen hemoglobin dalam sel darah merah dan menentukan kapasiti oksigen pembawa darah. 
3. Sumber Tenaga
  • memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
  • “Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad
  • makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
4. Mencegah Stroke
  • kurma juga dapat bermanfaat untuk mencegah stroke. Ini kerana kurma dapat menghilangkan sebahagian kolestrol jahat yang dapat menyebabkan stroke. 
5. Penguat Memori
  • ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
6. Mengatasi Sembelit
  • kurma mengandungi serat yang tinggi. Serat tinggi tersebut juga terdapat pada makanan lainnya, seperti oatmeal. Serat tinggi bermanfaat untuk membantu proses pencarnaan agar lebih lancar.
Manisnya senyum.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan