Apa khabar semua? Meen harap semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Ilahi hendaknya.
Sudah pun 15-November-2015. Cepat betul masa berlalu. Tak sedetik pun menunggu kita. Itulah masa. Semua orang diberikan masa yang sama, 24 jam satu hari. Dan tidak pula ada yang dapat membeli waktu. Begitulah nilainya masa.
Hargailah setiap masa yang diberikan kepada kita untuk bersama dengan orang-orang yang kita cintai. Ajal maut semuanya di tangan tuhan. Bukan kita yang menentukan.
Gunakanlah masa sebaik-baiknya dan manfaatkanlah masa itu dengan amalan yang dapat membawa kita ke arah kebaikan.
Surah Al-Asr
Kredit kepada http://keranakasihnabi.blogspot.my/
Semoga masa yang diberikan kepada kita dapat kita manfaatkan dengan sebaiknya, bukan sahaja kepada diri kita sendiri, tetapi untuk keluarga dan masyarakat.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan