Jumaat, 29 Julai 2016

Durian Oh Durian!

Salam.

Tarikh 29-Julai-2016.

Hari ini Mr President belanja Meen untuk makan durian di tepi jalan.

Inilah pertama kali juga Meen makan durian di atas meja di tepi jalan. Biasanya Meen akan makan di rumah sahaja. Tapi kali ini, sambil makan durian, Meen dan "Mr President" seperti dulu-dulu, "dating pula".

Sedap memang sedap lah makan durian ni, tapi disebabkan bimbang pula nanti badan panas, kami hanya menjamah sedikit sahaja. Tapi, sebiiji seoranglah juga, dengan harga RM35 sekali makan. Hahaha.



Sekali sekala Meen melayan selera makan.

Sambil-sambil tu "dating" berdua.

Manisnya senyum.


Rabu, 27 Julai 2016

Rendang Mak!

Salam.

Tarikh 16-Julai-2016.

Minggu ini sebenarnya tak bercadang pun untuk pulang ke Melaka. Tapi entah macam mana, teringin sangat hendak balik berjumpa Mak.

Jadi, alkisahnya, rancangan asal untuk pulang semula ke Cheras selepas bersarapan, ditangguhkan hingga ke petang. Meen nak belajar masak rendang dengan Mak, Inilah pertama kali juga Meen memasak rendang. Selama ni, hanyalah menjadi pembantu sahaja. Tapi, hari ni (Ahad) tertunai jugalah untuk memasak rendang hasil tunjuk ajar Mak.

Hmm... sedapnya rendang air tangan Mak. :)


Rendang Mak!


Rupa-rupanya mudah sahaja hendak memasak Rendang Ayam ni, Asalkan cukup bahan-bahannya, bila-bila sahaja boleh memasak rendang ayam. Azam raya akan datang (tahun 2017), Meen nak masakkan anak-anak dan suami Rendang Ayam yang dimasak sendiri oleh Meen.

Manisnya senyum.

Selasa, 12 Julai 2016

Celcom Tower Di Hatiku

Salam.

Tarikh 13-Julai-2016.

Semoga hari ini menjadi lembaran baru untukku.


#tempatcari rezeki

Semoga semua pembaca dilimpahkan rahmat dan kasih sayang Ilahi.

Manisnya senyum.

Jumaat, 24 Jun 2016

Senyumlah Kuala Lumpur

Salam.

Tarikh 25-Jun-2016.

"Mrpresident" Bersama Kakak Tercinta
Hari ini merupakan hari Sabtu. Terasa cepat benar masa berlalu meninggalkan Meen. Diam tak diam, sudah pun hampir ke penghujung Ramadhan. Semoga kita semua lebih mempergiatkan dan lebih mengutamakan amal ibadat kita di penghujung Ramadhan pada kali ini.

Sebenarnya Meen hendak berkongsi kisah mengenai Kuala Lumpur. Ibu kota yang penuh dengan pelbagai cerita. Ramai juga yang sanggup berhijrah ke ibu kota ini, namun pada ramai juga yang tidak mempunyai pilihan kerana di sinilah tempat mereka dibesarkan dan mereka juga dimatangkan dengan ragam manusia di Kuala Lumpur.

Di Muzium Negara
Kuala Lumpur - tempat di mana Meen bertemu dengan "mrpresident". Sungguh tak disangka akhirnya Meen bertemu jodoh di sini. Walau satu ketika, Meen sendiri mengelakkan diri untuk tidak bertemu jodoh dengan penghuni ibu kota ini, namun akhirnya takdir juga penentu segalanya.

Mengenali "mrpresident", hari demi hari, bulan berganti bulan dan akhirnya tahun berganti tahun, membuatkan Meen lebih mengenali ibu kota Kuala Lumpur ini.

Di sinilah tempat di mana segalanya berlaku. "mrpresident" meniti hari-harinya disini. Di Kuala Lumpur lah tempat di mana segalanya bermula.

Hidup di Kuala Lumpur bukanlah semudah yang disangka. Benar, kita punya cerita kita tersendiri. Namun, bagi mereka yang bukan memilih untuk tinggal di sini, tetapi sedari kecil membesar di sini, dan dimatangkan dengan pelbagai ragam manusia dan peristiwa, pasti lebih memahami apa sebenarnya yang dijanjikan oleh ibu kota Kuala Lumpur ini.

Hidup di Kuala Lumpur bukan semudah yang disangka. Sekiranya tak kental jiwa dan raga, pasti amat mudah tergelincir jatuh dari landasan. Segala-galanya ada di sini.

Apapun, di sinilah aku bertemu dengan "mrpresident".



Senyumlah Kuala Lumpur

Kuala Lumpur senyumanmu

Dipagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang

Dilebuhraya

Dipapan tanda
Tergambar wajahmu
Dengan kalimat
Cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya

Bila ku bisikan puisi cinta

Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Berganding tangan

Kita berdua
Menyusuri jalan
Ditengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama

Bilaku bisikan puisi cinta

Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Terimakasih kuucapkan

Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua


Manisnya senyum.

Selasa, 31 Mei 2016

Affan 1st Hair Cut

Salam.

Tarik 31-Mei-2016.

Hari in imerupakan hari pertama Affan ke kedai gunting rambut bersama "mrpresident". Meen memang tak menyangka bahawa "mrpresident" memasang niat untuk menggunting rambut Affan di sini. Namun Meen berlapang dada kerana Affan tidak merengek apabila digunting rambutnya. Hanya sesekali sahaj dia seperti hendak menangis kerana mungkin tidak biasa menggunting rambut. 

Esok merupakan hari pertama Meen akan masuk kembali bekerja setelah hampir dua tahun Meen mengambil cuti rehat tanpa gaji. Perasaan bercampur baur namun, dipujuk juga hati supaya tabah dan bersedia menghadapi apa jua sitiasi nanti.


Affan akan dihantar kepada "babysitter" pada esok hari Meen berdoa supaya dimudahkan juga oleh Yang Maha Ilahi dalam menghadapi apa sahaja urusan Meen dan keluarga pada esok hari.

Genaplah juga Affan berusia sertahun pada 3-Jun-2016 nanti.


Semoga permulaan baru yang baru bermula di dalam hidup kita sekeluarga ini dimudahkan urusannya. Meen yang akan masuk bekerja, tetapi Affan pula yang digunting rambutnya. Beberapa hari shaaj lagi, puasa juga akan tiba. semoga Ramadhan kali ini membawa lebih banyak kebaikan dan manfaat kepada kita semua.

Salam Ramdhan.

Manisnya senyum.

Rabu, 18 Mei 2016

Selepas Berlalunya 6 Tahun

Salam.

Tarikh 19-Mei-2016.

Semalam Meen ke Klinik Kesihatan di Cheras kerana Afrina mengadu gigi depannya sakit dan hampir sahaja tercabut barangkali. Mengenangkan sudah hampir dua minggu Afrina tidak berapa lalu untuk makan, Meen pun berkeras membawanya ke Klinik Pergigian di Cheras supaya doktor gigi boleh mencabut giginya yang sakit itu. 

Sesampainya di klinik, seperti biasa Meen mendaftar dan menunggu giliran untuk dipanggil. Tidak lama kemudian, "MrPresident" pun sampai bersama Adlina.

Sebaik sahaja giliran sampai, Meen meminta "MrPresident" menemani Afrina untuk berjumpa doktor gigi. Tak sanggup juga rasanya hendak melihat doktor mencabut gigi Afrina dan tak sanggup juga rasanya untuk melihat dia menahan kesakitan. 

Sepanjang Afrina dan "MrPresident" di dalam bilik berjumpa doktor, Meen di luar sibuk pula melayani seorang makcik yang menggelarkan dirinya "nenek" kepada Adlina. Asyik sahaja dia mengusik Adlina supaya boleh diajak berbual dengannya. 

Dalam pada sedar tak sedar, "nenek" itu pun meminta izin untuk beransur pulang, Afrina dan "MrPresident" pun keluar. Tercabutlah sudah giginya yang sudah longgar itu. Hmm... akhirnya selesai juga satu hal. Semoga Afrina dapat menjaga dengan baik gigi kekal yang bakal tumbuh nanti. 

Terasa terlalu singkat masa melihat Afrina membesar. 

Kini Afrina sudahpun masuk ke sekolah rendah dan di Tahun 1. Meen berdoa supaya Afrina dapat selalu menyesuaikan diri dengan persekitaran di luar. Maklumlah, sebagai anak sulung di dalam keluarga ini, Afrina tidakpun mempunyai rujukan lain selain dari kami sebagai ibubapa. Adiknya pula dibezakan empat tahun darinya. Meen sentiasa berdoa semoga Afrina diberikan kekuatan untuk menempuhi apa jua cabaran dengan tenang dan bijaksana. 


Gambar yang diambil pada Mei 2010 ini ketika Afrina berusia enam bulan. Memang comel sangat. Bukan mudah pula untuk menempuhi hari-hari awal kelahiran bersama Afrina. Sedang Meen berusaha untuk bersalin melalui kaedah normal, tiba-tiba Meen dikejutkan dengan kehadiran doktor yang semakin lama semakin ramai di dalam bilik bersalin. Akhirnya, "MrPresident" diminta untuk meninggalkan Meen dan sejurus kemudia, Meen diminta menandatangan surat kebenaran untuk menjalani pembedahan sambil Meen masih lagi dalam posisi untuk bersalin normal.

Usai sahaja Meen selesai menandatangani surat kebenaran, doktor terus sahaja menolak Meen masuk ke dalam bilik pembedahan sambil menahan kepala Afrina supaya jangan tidak keluar melalui jalan normal. Sesampainya Meen di bilik pembedahan, doktor terus memberikan bius untuk satu badan dan Meen langsung tidak sedarkan diri. 

Gelap.........................................................................................................................................................

Afrina yang dilahirkan melalui kaedah "emergency ceasearean" akibat daripada kejadian "cord prolapse", terus dimasukkan ke wad ICU sebaik dilahirkan. Afrina juga tidak menangis ketika dilahirkan kerana pada ketika itu, Afrina telahpun lemas beberapa ketika dan mengakibatkan oksigen tidak dapat sampai ke otak. 


Kelahiran Afrina bagaikan sebuah drama di dalam hidup Meen. Manakan tidak, pengalaman pertama mengandung dan melahirkan, tidak memberikan Meen pengetahuan dan pengalaman yang cukup untuk menghadapinya. Namun, disebabkan sifat keibuan yang ada pada diri, Meen kuat membisikkan di dalam hati bahawa Meen sendiri harus kuat supaya kekuatan itu dapat juga disampaikan kepada Afrina.


Masih lagi Meen ingat, ketika tersedar daripada mimpi, setelah ditolak masuk semula k dalam wad tanpa kehadiran anak di sisi, membuatkan Meen terpinga-pinga dan tertanya-tanya di manakah Afrina? Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 3 pagi. Pertanyaan Meen yang disampaikan kepada jururawat yang bertugas pada ketika itu tidak diendahkan. Remuk. Begitulah apa yang Meen rasakan, ketika pelbagai persoalan di benak fikiran bermain-main di dalam kepala. "MrPresident" juga tiada di sisi untuk menyampaikan sebarang perkhabaran. 


Kesengsaraan jiwa Meen ditambah lagi apabila pada keesokan paginya jam 10, doktor bertugas memaklumkan bahawa kebarangkalian Afrina untuk meneruskan kehidupan adalah 50-50. Ketika Meen masih belum lagi dapat bertemu dengan "MrPresident" atau berhubung dengan saudara terdekat, Meen terpaksa menerima perkhabaran dari doktor dengan 1001 kesuraman. Ketika itu, memang Meen meminta Yang Maha Esa mengambil sahaja nyawa Meen untuk digantikan dengan zuriat Meen yang belum lagi Meen ketemukan.


Menjelangnya tengahari, barulah melangkah masuk "MrPresident" dengan wajah yang penuh pengharapan. Berharap supaya Meen dapat bersabar dengan segala ketentuan dan takdir Ilahi. "MrPresident" memberikan Meen perkhabaran tentang apa yang dilaluinya bersama zuriat kami sepanjang semalam. Mendengarnya, Meen sebak. Tiada kata-kata yang mampu untuk menzahirkan kesedihan itu.

"MrPresident" terus bertanyakan kepada Meen. "Meen dah sedia nak tengok anak kita?". Meen terus mengangguk. "MrPresident" terus sahaja mendukung Meen ke atas kerusi roda untuk dibawa ke wad ICU berjumpa cinta hati kami.

Bertentang mata dengannya, seolah-olah memberikan Meen kekuatan dan semangat. Itulah Afrina. 

Afrina, maafkan Mama.

Semoga dapat Mama buangkan sifat marah Mama dan digantikan dengan sifat yang kaya dengan lemah lembut. 

Mama sayang Afrina!

Afrina kekuatan Mama. 



Manisnya senyum

" T.E.M.A.N "

Salam.

Tarikh 17-Mei-2016.

Entah kenapa tiba-tiba hari ini teringat pula lagu yang menjadi penghubung di antara Meen dan "MrPresident" sewaktu di alam percintaan dulu.

Teman oleh Lovehunters

Sejak mula pertemuan itu
Hati melonjak terkenangkanmu
Tiap detik ku mengharapkan
Panggilan rindumu sayang

Apa kau rasa yang ku rasakan
Mungkin ini satu permulaan
Biarlah mawar terus bersemi
Mekar harum mewangi

Takku menduga
Cinta yang ku cari selama ini
Dikaburi wajah-wajah yang tiada
Ertinya sayang

Hadir di sisi
Tanpa harap belas dan perhatian
Namun kau pasti hadir di situ
Saat ku perlukan

Jangan hirau cerca dan hinaan
Kita teman yang tak sehaluan
Bukti kasih dan keikhlasan
Mengikat hatimu hatiku

Apa kau rasa yang ku rasakan
Mungkin ini satu permulaan
Biarlah mawar terus bersemi
Mekar harum mewangi

Takku menduga
Cinta yang ku cari selama ini
Dikaburi wajah-wajah yang tiada
Ertinya sayang

Hadir di sisi
Tanpa harap belas dan perhatian
Namun kau pasti hadir di situ
Saat ku perlukan

Kau teman





Manisnya senyum.