Jumaat, 24 Jun 2016

Senyumlah Kuala Lumpur

Salam.

Tarikh 25-Jun-2016.

"Mrpresident" Bersama Kakak Tercinta
Hari ini merupakan hari Sabtu. Terasa cepat benar masa berlalu meninggalkan Meen. Diam tak diam, sudah pun hampir ke penghujung Ramadhan. Semoga kita semua lebih mempergiatkan dan lebih mengutamakan amal ibadat kita di penghujung Ramadhan pada kali ini.

Sebenarnya Meen hendak berkongsi kisah mengenai Kuala Lumpur. Ibu kota yang penuh dengan pelbagai cerita. Ramai juga yang sanggup berhijrah ke ibu kota ini, namun pada ramai juga yang tidak mempunyai pilihan kerana di sinilah tempat mereka dibesarkan dan mereka juga dimatangkan dengan ragam manusia di Kuala Lumpur.

Di Muzium Negara
Kuala Lumpur - tempat di mana Meen bertemu dengan "mrpresident". Sungguh tak disangka akhirnya Meen bertemu jodoh di sini. Walau satu ketika, Meen sendiri mengelakkan diri untuk tidak bertemu jodoh dengan penghuni ibu kota ini, namun akhirnya takdir juga penentu segalanya.

Mengenali "mrpresident", hari demi hari, bulan berganti bulan dan akhirnya tahun berganti tahun, membuatkan Meen lebih mengenali ibu kota Kuala Lumpur ini.

Di sinilah tempat di mana segalanya berlaku. "mrpresident" meniti hari-harinya disini. Di Kuala Lumpur lah tempat di mana segalanya bermula.

Hidup di Kuala Lumpur bukanlah semudah yang disangka. Benar, kita punya cerita kita tersendiri. Namun, bagi mereka yang bukan memilih untuk tinggal di sini, tetapi sedari kecil membesar di sini, dan dimatangkan dengan pelbagai ragam manusia dan peristiwa, pasti lebih memahami apa sebenarnya yang dijanjikan oleh ibu kota Kuala Lumpur ini.

Hidup di Kuala Lumpur bukan semudah yang disangka. Sekiranya tak kental jiwa dan raga, pasti amat mudah tergelincir jatuh dari landasan. Segala-galanya ada di sini.

Apapun, di sinilah aku bertemu dengan "mrpresident".



Senyumlah Kuala Lumpur

Kuala Lumpur senyumanmu

Dipagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang

Dilebuhraya

Dipapan tanda
Tergambar wajahmu
Dengan kalimat
Cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya

Bila ku bisikan puisi cinta

Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Berganding tangan

Kita berdua
Menyusuri jalan
Ditengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama

Bilaku bisikan puisi cinta

Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Terimakasih kuucapkan

Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua


Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan