Selasa, 13 September 2016

Resipi Kek Coklat yang Lembap di dalam Mulut

Salam.

Tarikh 13-September-2016.

Bila layan resipi kek coklat.

Resipi ni sebenarnya Meen ambil daripada blog http://www.azlitamasammanis.com/. Setelah segala data-data di dalam tablet "canggih" Meen terpadam, termasuklah juga resipi turun temurun "kek Coklat" air tangan mak, Meen terpaksa mencari resipi yang mungkin boleh Meen gunakan kerana teringin benar untuk merasa Kek Coklat Lembap sendiri. Terima kasih kepada Puan Azlita kerana berkongsi resipi. 

Jom Meen kongsikan. 

Resipi Kek Coklat yang Lembap

Meen maklumkan dahulu, terdapat 4 kumpulan bahan dalam menyediakan Kek Coklat ini. 

Bahan-bahannya:
Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B
3 biji telur (digunakan kuning dan putih)
400 gm gula kaster
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair (Meen gunakan susu segar)
250 ml minyak (Meen gunakan minyak masak biasa kerana ketiadaan minyak jagung yang lebih baik untuk kesihatan badan)
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D
250 ml air panas (atau secawan air panas)


Cara Penyediaan:
#1. Sediakan Bahan A, diayak dan diketepikan.
#2. Satukan Bahan B, dipukul sehingga putih (Meen hanya menggunakan whisk sahaja) dan kemudian dicampurkan Bahan C pula ke dalamnya.
#3. Masukkan Bahan A (tepung) ke dalam Bahan B dan Bahan C tadi dan digaul rata menggunakan spatula sahaja.
#4. Akhir sekali masukkan air panas dan dikacau rata.
#5. Tada! Siap!





Apabila hendak membakar, sediakan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dan dialaskan dengan kertas minyak.

Panaskan terlebih dahulu ketuhar pada suhu (160-175) darjah C bergantung kepada ketuhar anda selama (30 - 60 minit).

Untuk memastikan Kek Coklat telah dimasak sempurna, cucukkan lidi di tengah-tengah kek dan keluarkan. Sekiranya lidi yang dikeluarkan bersih, bermakna kek anda telah pun masak.

Semasa membakar, jangan dibuka tutup penutup ketuhar untuk mengelakkan kek menjadi bantat.



Inilah hasilnya cubaan pertama Meen.



Manisnya senyum.

Isnin, 12 September 2016

Hari Raya Haji dan Gotong Royong Korban 2016

Salam.

Tarikh 12-September-2016.

Bertempat di Dewan Sri Pulau Pinang, Cheras telah dikorbankan seekor lembu untuk tujuan Korban. 

Selepas Solat Sunat Aidil Adha, hujan turun dengan agak lebat dan ini menyebabkan aktiviti gotong royong ditunda sehingga hujan agak renyai. 

Bermulalah aktiviti gotong royong korban 2016 semepna Hari Raya Haji di Dewan SPP.






Proses melapah yang memakan masa yang agak lama kerana kekurangan kakitangan untuk menguruskannya. Ahli yang ada pun bukanlah terdiri daripada ahli yang mahir dalam bab lapah melapah. Walaupun begitu, akhirnya berjaya juga lembu yang seekor ini dilapah sehingga selesai.





















Seharian jugalah menunggu "MrPresident" pulang ke rumah. Maklumlah apabila sibuk dengan aktiviti gotong royong sebegini, sudah tentulah hanfon bukan lagi di tangan dan ditatap di tanagan lagi. Hanya apabila hampir pukul 4 barulah "MrPresident" tiba di rumah. 

Nampaknya, pada tahun ini juga, tidaklah dapat untuk Meen pulang ke Melaka kerana mengenangkan keadaan yang tidak mengizinkan. Waktu yang sangat suntuk tambahan lagi sudah tentu "MrPresident" keletihan setelah seharian bertungkus lumus dengan gotong royong ini.

Apa yang paling menguntungkan, dapatlah juga "MrPresident" membawa bekalan Sup Gear Box pulang ke rumah. 



Memang berselera Affan merasai Sup Gear Box yang dibawa pulang oleh "MrPresident". Nampaknya tak merasalah "MrPresident" akan Sup Gear Box yang dibawa pulang olehnya. Memang untuk anak-anak katanya. 

Terima kasih "MrPresident".

Manisnya senyum.

Rabu, 31 Ogos 2016

Pergilah Jauh-Jauh! Semut!

Salam.

Tarikh 1-September-2016.

Semut! Semut! Semut!



Rumah Meen sekarang seringkali sahaja dikunjungi oleh sahabat semut.

Aduh. Sakit kepala memikirkan cara untuk menghalau semut keluar daripada rumah. Pantang sahaja ada sisa makanan yang terjatuh di lantai, sekejap sahaja "mereka" sudah bersama dengan anggota tentera mereka datang untuk menghurungi makanan yang ada.

Bila lama kelamaan, kepala pun naik pening kerana Affan sekarang sangat pantang melihat sebarang sisa makanan di lantai. Pasti sahaja akan dimasukkan ke mulutnya.




Jadi, ini cara untuk menghalau semut.

#1 Tepung jagung
Cara yang pertama ini akan Meen pertimbangkan kerana ianya sangat selamat dan mudah pula untuk didapati. Hanya taburkan sahaja tepung jagung di laluan semut untk menghalau mereka.

#2 Kopi
Menggunakan bijirin kopi kerana semut dikatakan tidak menyukai bau kopi yang agak kuat kepada mereka.

#3 Cuka + Air
Campurkan cuka dengan sedikit air dan semburkan ke laluan semut. Lakukan berulang-ulang sehingga nanti semut akan berkurangan.

#4 Lemon atau Perahan Sitrus
Gunakan lemon atau perahan sitrus kerana dikatakan semut akan lari jauh menghindari bau sitrus.

#5 Gunakan Penyembur Racun Serangga
Ini mungkin pilihan terakhir selepas berhempas pulas berperang dan merayu supaya semut hanya duduk di luar rumah sahaja.

Manakan tidak, thermal pot yang digunakan untuk memasak air panas juga dihurungi oleh semut.

Huhuhu.

Cubalah.

Manisnya senyum.


Ahad, 28 Ogos 2016