Rabu, 2 Mac 2016

10 Langkah Kulit Kekal Cantik dan Sihat

Salam.

Tarikh 3-Mac-2016.

Kulit yang bersih bukan sahaja menjadi faktor wajib seseorang dikategorikan sebagai cantik, tetapi ia juga cerminan buat seseorang diukur tahap kebersihannya.



10 Langkah Kulit Kekal Cantik dan Sihat.

#1 Membersihkan Kulit

  • Mandi satu ke dua kali sehari atau lebih, bergantung kepada aktiviti harian.
  • Sabun tidak memudaratkan, tetapi penggunaannya yang berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum.
  • Penggunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering.
  • Gunakan pencuci yang sesuai dengan kulit.
  • Elakkan pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit.
#2 Gunakan Pelembab Kulit
  • Pelembab membantu mengekalkan kelembapan kulit
  • Minyak bayi boleh digunakan untuk kulit sensitif
  • Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap.
#3 Gunakan Penyegar
  • Penyegar dapat membantu menutup liang roma jika mempunyai kulit berminyak.
  • Ia membuatkan kulit menjadi kering serta mengecutkannya.
#4 Gunakan Pelembap Mata
  • Pelembap mata yang digunakan di sekeliling mata dapat membantu mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif
#5 Pakaian Bersih
  • Pastikan pakaian yang dipakai bersih dan salin pakaian sekerap mungkin sekiranya persekitaran agak kotor.
#6 Lindungi Kulit Daripada Cahaya Matahari
  • Kulit akan cepat menjadi rosak sekiranya terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu.
  • Sekiranya menyertai sukan renang, pelindung matahari perlu disapu semula selepas dua hingga tiga jam selepas berenang.
#7 Bersenam
  • Bersenam secara berkala melancarkan peredaran darah ke seluruh organ termasuk kulit untuk mengekalkan kesihatan
#8 Pemakanan
  • Amalkan mengambil makanan yang seimbang dan mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral yang banyak terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
#9 Berhenti Merokok
  • Merokok bukan sahaja boleh menjadi penyebab kemunduran kesihatan tubuh badan, malah ia boleh menyebabkan kesan jangka pendek terhadap kulit.
  • Bahan yang merbahaya di dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut selain menjadi penyebab kepada kanser.
#10 Minum Air Kosong
  • Amalan meminum air kosong hendaklah diambil berat bagi menambah kelembapan kulit.
  • Air kosong bukan sahaja dapat menjadikan kulit lembap, malah ia membantu mengekalkan kulit wajah supaya tampak lebih muda dari usia. 



Manisnya senyum.

Selasa, 1 Mac 2016

3 Cara Kekalkan Momentum Terus Ke Hadapan

Salam.

Tarikh 2-Mac-2016.

Hari ini sudahpun masuk hari yang kedua di bulan Mac tahun 2016. Cepat betul masa berlalu.

Bagaimana perjalanan sahabat semua pada tahun 2016?



Apapun yang kita lalui, ataupun terpaksa kita hadapi, teruskanlah juga perjalanan kita selangkah demi selangkah. Jangan cepat mengalah. Percayalah, kita sudah hampir kepada kejayaan.

Jom Meen kongsi 3 cara untuk  kita kekalkan momentum supaya terus melangkah ke hadapan.


3 Cara Kekalkan Momentum Terus Ke Hadapan



#1 Bangun Seawal Pagi 
Cara yang terbaik untuk kita mengekalkan momentum dan semangat untuk terus melangkah biarpun dalam apa cara sekalipun adalah, bangun di awal pagi. Bangun pada pagi hari terutama bagi sahabat muslim, adalah salah satu cara untuk menjemput rezeki. Percayalah, memang banyak kelebihan sekiranya dapat kita amalkan bangun pada pagi hari. Sekiranya kita benar-benar berazam, tentu ada cara untuk kita memperbaiki jadual harian kita supaya dapat bangun awal pagi.







#2 Pentingkan Kuantiti Bukan Kualiti
Meen dahulunya memang seorang yang amat menjaga kualiti. Tidak kiralah apa sahaja. Kalau boleh semuanya hendak diselesaikan dengan sempurna dan cantik pada pandangan mata. Namun, setelah mempunyai 3 orang cahaya mata, apa yang lebih Meen utamakan adalah selesainya sesuatu tugasan itu, bukan bagaimana hasilnya diselesaikan. Contohnya, jika dahulu, Meen amat menitikberatkan cara melipat pakaian, tapi kini, Meen cuba untuk selesaikan melipat pakaian dengan cara yang amat mudah dan ringkas. Apa yang penting, pakaian yang dilipat nanti masih boleh dan senang untuk dicari, bukannya hanya terlonggok di dalam bakul pakaian. Manakala pakaian yang hendak digosok pula, Meen terlebih dahulu menggantungnya untuk memudahkan kerja menggosok dan tidak perlu membuang masa melipatnya dahulu. Ini hanyalah contoh yang paling mudah.





#3 Masa Berputar dan Berputar
Ini yang paling penting. Jagalah masa. Apabila kita dapat menjaga masa, kita akan dapat menjaga dan mengawal persekitaran kita dengan lebih teratur. Bagaimana untuk menjaga masa? Bagi muslim, kepentingan menjaga masa sudah diterapkan oleh Islam sedari kecil iaitu dengan hanya menjaga solat, inshaa Allah dapatlah kita menjaga masa kita. Solat wajib dikerjakan  kali sehari semalam oleh orang Islam. Ini yang dituntut oleh agama Islam. Dengan keupayaan kita menjaga solat, maka akan bertambahlah nilai diri kita dan keupayaan menguruskan urusan duniawi ini.

Semoga dapat sama-sama kita amalkan, sahabat.

Jangan pernah berhenti berdoa.

Manisnya senyum.

Afrina and Adlina at Kids-Tokei on Vogue

Salam. 

Tarikh 1-Mac-2016.

Pada 29-Februari-2016 Meen menerima email daripada Kids-Tokei.

On Monday, February 29, 2016 8:06 PM, キッズ時計クラブ <support@kids-tokei.com> wrote:

Hello(^O^)/
KIDS-TOKEI CLUB brings here the news of the release date for KIDS-TOKEI on VOGUE.
Thank you very much for your patience.
KIDS-TOKEI on VOGUE will be released on Tuesday, March 1 on our Homepage.

Meen’s child / children is scheduled to appear at 21:16 every day.

■The URL of the kids clock on our Homepage
http://www.kids-tokei.com/en/tokei/wd_vogue2015/en/
(Until the release time, the URL directs to the homepage of KIDS-TOKEI CLUB.)
Also, you can find the KIDS-TOKEI on VOGUE from My page after logging in.


Photoshoot untuk Kids-Tokei on Vogue berlangsung pada 16-Disember-2015 pada hari Rabu di Jphoto Studio, Publika Solaris Dutamas.

Inilah di antara detik-detik yang telah dirakam.










Open your heart to your dreams.

Semoga tercapai impianmu puteri-puteriku.

Manisnya senyum.

Isnin, 29 Februari 2016

9 Kelebihan Sukan Berkuda

Salam.

Tarikh 1-Mac-2016.

 magazinesbymeen.blogspot.com
Afrina dan Sukan Berkuda

9 Kelebihan Sukan Berkuda
  1. Aktiviti menunggang kuda mampu merangsang dan menguatkan otot, terutama di bahagian paling dalam seperti otot pelvik dan tulang belakang.
  2. Melatih individu yang menunggang kuda mengimbangi diri, selaian dapat meregangkan otot yang tegang, di samping memperbaiki kebolehan otot seluruh badan untuk bergerak.
  3. Menunggang kuda dapat mempertingkatkan kecekapan otak kiri bagi menjadikan seseorang itu lebih peka dan tangkas dengan persekitaran. Menurut para penyelidik otak seperti Dr. Roger Sperry dan Dr Robert Orstein, otak kiri berfungsi dalam mengingati ilmu, data dan fakta; menggunakan fikiran logik, bahasa matematik, menganalisa, berfikir mengikut urutan dan lain-lain.
  4. Kelebihan berkuda meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental.
  5. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat rangsangan terhadap saraf kranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping ‘ kuda.
  6. Menunggang kuda baik untuk merawat sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum.
  7. Kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan dan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan.
  8. Terapi berkuda memiliki tiga faedah utama iaitu bersukan, pendidikan dan pengubatan yang sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
  9. Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi serta membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya juga membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).

Manisnya senyum.

Sabtu, 27 Februari 2016

Picnic in Riverside, Janda Baik

Salam.

Tarikh 27-Februari-2016.

SPP D' Club pada hari Sabtu 27-Februari-2016 telah mengadakan perjumpaan semula setelah setahun lebih tidak berkumpul dan berkongsi cerita.

magazinesbymeen.blogspot.com
Keluarga Besar SPP D' Club
Aktiviti berkelah sambil mandi manda di Riverside, Janda Baik mendapat sambutan yang baik terutama sekali bagi ahli kelab yang telahpun berkeluarga.



Secara keseluruhan, aktiviti kali ini hanyalah sekadar untuk bersantai-santai kerana sudah terlalu lama tidak diadakan perjumpaan.


magazinesbymeen.blogspot.com
Aktiviti Mandi Manda

magazinesbymeen.blogspot.com
Antara Keluarga Yang Hadir

Aktiviti berakhir pada petang hari. Semoga sahabat dapat berkumpul lagi di lain hari.

Manisnya senyum.

Khamis, 25 Februari 2016

12 Kelebihan Sukan Renang

Salam.

Tarikh 26-Februari-2016.

Afrina lebih dulu pandai berenang sejak berusia 5 tahun. Mungkin keterujaan dengan sukan renang, membuatkan Afrina tidak putus asa untuk belajar berenang dan mencuba berenang dengan sendiri. Bermula daripada berpaut sedikit demi sedikit di tepi kolam renang, akhirnya Afrina telah boleh berenang dengan jayanya pada usianya 5 tahun tanpa bantuan seorang guru untuk mengajarnya berenang.

Memang seronok melihat Afrina sudah boleh berenang. Maklumlah, Meen sendiri memang tidak pandai berenang, bagaimana pula hendak mengajanya berenang? Di antara perubahan ketara kepada Afrina sejak dia sudah boleh berenang, sistem pernafasannya lebih baik berbanding sebelumnya. Sebelum ini, tonsil Afrina agak kerap juga bermasalah, namun renang memang membantu sistem pernafasannya lebih baik.


magazinesbymeen.blogspot.com
Clever Girl Afrina

Jom kita selami di antara kelebihan daripada sukan renang.
  1. Senaman yang berisiko rendah kerana tiada daya tekanan yang kuat kepada sendi, tulang dan otot-otot badan,
  2. Dapat menguatkan otot jantung (sistem kardoivaskular) dan meningkatkan penghantaran oksigen ke semua bahagian otot.
  3. Sering dipergunakan sebagai senaman untuk pemulihan selepas kecederaan atau untuk mereka yang mengalami kehilangan upaya.
  4. Kebaikan fizikal dengan meningkatkan daya kekuatan, ketahanan dan kelenturan badan.
  5. Digunakan sebagai terapi pemulihan selepas kecederaan.
  6. Mengurangkan tekanan darah tinggi dan boleh menenangkan fikiran.
  7. Memulih dan meningkatkan tenaga.
  8. Memulikan dan menguatkan otot-otot selepas pembedahan, juga sesuai selepas pembedahan kanser payudara.
  9. Menigkatkan sistem pernafasan dengan baik.
  10. Tidak memberi tekanan pada tisu seperti berlari, aerobik dan sukan angkat berat.
  11. Dapat mengurangkan dan mengekalkan berat badan yang sangat ideal.
  12. Ibu hamil juga digalakkan melakukan senaman renang untuk menguatkan otot dibahagian bahu dan perut.

Manisnya senyum

Mampukah?

Salam. 

Tarikh 25-Februari-2016.

Mampukah?

Semalam sore
   Kulihat gadis berwajah duka 
   Katanya 
     Inginku gapai pelangi tangan tak sampai
     Inginku sunting mentari hangus terbakar
     Inginku panah rembulan busar menghilang
     Inginku petik bebintang kudrat tiada
     Inginku peluk sang ombak malu bertamu

Mampukah aku?

Hari ini kukatakan pada gadis

Pelangi tak setingggi mana
Mentari tak sepanas neraka
Rembulan tak sejauh disangka
Bebintang tak lari di mana
Sang ombak tak mencaci nista

Jikalau teguh azam di minda
Jikalau sungguh ingin berjaya

     Esok

Kulihat gadis tersenyum katanya

Pelangi menyerah diri
Mentari sesejuk salji 
Rembulan terkacip gigi
Bebintang datang berlari
Sang ombak merayu janji

Lusa
    Terungkai teka-teki 
   Segalanya pasti!



magazinesbymeen.blogspot.com




Manisnya senyum.