Khamis, 17 Mac 2016

Golden Screen Cinemas (GSC) dan Boboiboy The Movie

Salam.

Tarikh 17-Mac-2016.

Pada hari Rabu, Meen cuba untuk menempah tiket untuk menonton Boboiboy The Movie kerana bimbangkan nanti tiada pula tempat duduk yang selesa buat kami  5 beranak.

Tempat duduk yang selesa, bukanlah Meen maksudkan dengan tempat duduk yang empuk selesa. Yang dimaksudkan Meen adalah tempat duduk yang membolehkan kami 5 beranak ini duduk di satu tempat yang selesa dan mudah pula untuk kami keluar sekiranya berlaku insiden yang tidak dijangka-jangka. Maklumlah, anak-anak masih kecil dan kami juga tidak mahu nanti disebabkan kami, penonton lain rasa tidak selesa untuk menonton.

Lalu disebabkan perancangan itulah, Meen melayari laman sesawang Golden Screen Cinemas untuk menempah tiket. Untuk menempah tiket Meen terpaksa dahulu mendaftar untuk menjadi ahli GSC. Selesai mendaftar, Meen terbaca "GSC Member Rewards Redeem Two FREE Movie Tickets On Your Birthday Month". 

Wah, ini dah bagus juga ni. Siapa lah agaknya yang menolak sekiranya boleh menonton secara percuma terutama apabila menonton di dalam bulan kelahirannnya sempena meraikan kelahirannya sekali. Lalu, Meen tersenyum. Meen membatalkan niat untuk membeli tiket secara online dan hanya mencongak-congak untuk membuat pilihan untuk menonton di mana.

Lalu, Meen dan "MrPesident" mengambil keputusan untuk menonton sahaja di Berjaya Times Square pada pukul 11.30 pagi pada tarikh 17-Mac-2016 kerana memikirkan di Berjaya Times Square, tempat duduknya lebih selesa untuk satu keluarga.

Setibanya Meen dan keluarga di Berjaya Times Square kami ke kaunter untuk menebus tiket percuma seperti yang dijanjikan dan hanya membeli tiket untuk Afrina sahaja. Tetapi buat sahabat yang ingin juga mendapatkan tiket percuma, jangan lupa untuk mencetak dan mengisi dahulu "Birthday Treat Coupon" untuk menebus tiket percuma anda di kaunter nanti. Hanya tunjukkan kad pengenalan dan anda sudah pun boleh menebus. Memang mudah dan membuatkan anda tersenyum lebar.

                                                                       

Berbaloi juga dapat menonton Boboiboy The Movie kerana jelas di wajah Afrina dia gembira dapat menyaksikan Boboiboy The Movie di wayang. 

Tiba-tiba, Afrina tersedu-sedan apabila Boboiboy dilihat tidak lagi dapat menyelamatkan Ochobot dan kawan-kawannya. Meen hanya tersenyum sahaja tanpa menegurnya.


Terasa amat beruntung juga dapat membawa anak-anak menonton wayang menyaksikan Boboiboy The Movie pada kali ini setelah sekian lama tidak menonton wayang.

Lagi beruntung rasanya apabila tiket Meen dan "MrPresident" percuma sahaja.

Yay.

Zaman ekonomi sebegini, apa sahaja peluang yang memberikan keuntungan haruslah digunakan sebaik-baiknya. Barulah nilai duit itu terasa amat-amat bernilai.

Selamat menonton dengan percuma sahabat.

Rebutlah peluang, jangan tak rebut.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan