Khamis, 19 November 2015

Sarapan dan Salad Kentang

Salam.

Tarikh 19-November-2015.

Selamat pagi.

Bangun-bangun pagi ni, masih lagi terpinga-pinga. Apa agaknya yang nak dimasak untuk sarapan pagi ni ya? Almaklumlah, 'mrpresident' sekarang masih lagi on diet dan sudah dua minggu dia tidak menjamah walau sebutir nasi pun.

Lalu tangan pantas sahaja mencapai tablet yang dipinjamkan adik iparku ini, dan mula mencari resepi untuk sarapan pagi ini.

Akhirnya resepi dari myresepi.com menjadi pilihan. Resipi Potato Salad yang disediakan nampak mudah pada Meen yang masih lagi berjinak-jinak dengan dunia masakan ni.

Dengan pantas sahaja, tangan terus mencapai kentang yang dibeli 'mrpresident' semalam, dan cepat-cepat direbus.

 Rebusan Kentang
Separuh Yang Tinggal

Kesimpulannya, mengikut tekak Meen yang Melayu ni, Salad Kentang ni boleh juga dimakan untuk sarapan, tetapi Meen cadangkan juga hidangan yang lain yang berasaskan daging. Contohnya ayam yang dimasak sedikit pedas. Mungkin dibakar dan diletakkan lada hitam atau sebagainya.

Tapi terpulang jugalah pada citarasa anda semua. 

Resepiya Meen kongsikan di sini.


Salad Kentang

Cara Penyediaannya:
  1. Kupas kentang (4 biji kalau besar) dan rebus. Meen tak potong dadu kerana tidak sukakan tekstur kentangnya yang nanti agak hambar pada rasanya. Cucuk dengan garfu untuk kenalpasti samada kentang tadi sudahpun lembut dan mengikut citarasa anda. Jangan lupa perasakan dengan garam.
  2. Toskan kentang. Campurkan setengah biji perahan lemon.
  3. Letakkan mayonis salad mengikut citarasa anda.
  4. Siap untuk dihidang.
Senang bukan?

Selamat mencuba.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan