Sabtu, 24 Oktober 2015

Happy Birthday Afrina!

Salam.

Tarikh 24-Oktober-2015.

Hari ini hari jadi Afrina.

Pejam celik pejam celik Afrina sudahpun menginjak ke usia 6 tahun. Terlalu pantas rasanya masa berlalu. Masih teringat peristiwa 6 tahun lepas semasa bersalinkan Afrina.

Afrina's 6th Birthday


Hari ini, Afrina berlagak seperti orang dewasa lagaknya. Seakan dia tidak langsung mengingati hari jadinya. Walaupun jauh di sudut hatinya akan ada sambutan meraikan ulang tahunnya yang ke-6.

Meen pula sengaja ingin melihat gelagatnya, bila mana Meen berlakon seolah-olah memang tidak langsung teringat akan hari jadinya.

Yang sebenarnya, "mrpresident' sudahpun awal-awal menempah kek hari jadinya yang ke-6 ini. Namun, oleh kerana ada pula 'tournament' boling yang dianjurkan syarikat tempat berkerja 'mrpresident', jadi terpaksalah Meen menunggu hingga ke petang untuk 'mrpresident' membawa pulang kek hari jadi itu dan barulah dapat Meen meraikan hari jadi Afrina.





Sebenarnya sebelum'mrpresident' melangkah keluar rumah, sengaja Meen bisikkan di telinganya, "kalau boleh, bawalah pulang hadiah". Tak sangka juga, termakbul hajat di hati Meen.

Boleh dikira berapa kali agaknya dalam setahun 'mrpresident' bermain bowling. Seingat Meen juga, untuk tahun 2015 ini, belum sekalipun lagi 'mrpresident' bermain bowling.

Almaklumlah, tahun 2015 ini, minat untuk kembali masuk ke hutan mencanak naik. Tambah-tambah lagi selepas pulang dari Kinabalu pada Mei lepas.

Alhamdulillah, kalau itu yang diminati 'mrpresident', Meen pun akan sokong juga. Seperti mana 'mrpresident' sokong Meen bila Meen perlukan dia di sisi.

Berbalik semula kepada cerita hari jadi Afrina.

Semoga Afrina menjadi anak yang baik dan menjadi manusia yang boleh beri manfaat kepada orang lain. 

Semoga Afrina juga berjaya menjadi 'role model' buat adik-adik nanti.



Happy 6th Birthday Afrina

Manisnya senyum.

Selasa, 20 Oktober 2015

"MrPresident" dan Kek Hari Jadi

Salam.

Tarikh 20-Oktober-2015.



Hari ini hari lahir "mrpresident".

Tahun 2009, tarikh ini jugalah sepatutnya Meen menjalani pembedahan bersalinkan Afrina.

Tarikh ini jugalah, pelbagai persoalan dan kebimbangan di dalam diri timbul satu demi satu. Almaklumlah, kandungan yang pertama, dan keterujaan serta Meen akui, kurangnya pengalaman atau boleh dikatakan kosong langsung pengalaman mengenai ilmu bersalin di dalam diri, menyebabkan Meen rasa amat-amat bimbang akan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku.

Namun, kita hanya merancang dan tuhan jualah yang menentukannya.

Bercerita mengenai tarikh ini juga, setiap kali tarikh ini tiba, ianya memang sesuatu yang istimewa pada Meen.

'mrpresident' dilahirkan pada tarikh ini dan Meen pula teruja bersama anak-anak untuk membuat kejutan kepada 'mrpresident'.

Lantas Meen berusaha keras untuk menghasilkan kek untuk menyambut tarikh istimewa ini.

Happy Birthday "MrPresident"

Manisnya senyum.

Isnin, 5 Oktober 2015

4 Cara Mudah Pantau Tumbesaran Bayi

Salam.

1-October-2015.

Mr. New Dad in 2009

4 Cara Mudah Pantau Tumbesaran Bayi

A. Corak Penyusuan

  • Bayi sepatutnya berasa puas selama 1 hingga 2 jam di antara waktu menyusu.


B. Lampin Basah

  • Dalam sehari terdapat 6 hingga 8 lampun bayi yang benar-benar basah dengan air kencing berwarna kuning pucat.
  • Najis bayi berubah mengikut usianya dan juga bergantung samada dia diberikan susu badan atau susu formula.
  • Pada awal kelahiran, bayi akan mengeluarkan najis yang berwarna hitam kehijauan atau meconium. 
  • Meconium melekit seperti bahan tar dan sebenarnya adalah hasil daripada campuran air ketuban, sel dari dinding usus, hempedu, mukus dan rerambut. 
  • Pengeluaran meconium adalah tanda bahawa usus bayi anda berfungsi dan secaranya normalnya dikeluarkan dalam tempoh 24 jam untuk bayi yang mencapai tempoh matang dalam kandungan dan 48 jam untuk bayi pramatang. 
  • Sekiranya meconium dikeluarkan hanya selepas tempoh ini, ia adalah petanda bahawa kemungkinan terdapat masalah yang berkaitan dengan usus.
  • Bayi sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari, sekali selepas menyusu pada beberapa minggu pertama. Dalam 4 minggu pertama, bayi sepatutnya membuang air besar 2 hingga 5 kali dengan najis yang lembut berbintil-bintil berwarna kuning dan berbau masam.
Meconium - Najis Awal Bayi


C. Corak Tidur
  • Bayi tidur lena dan nampak sihat dan cergas sewaktu jaga.


D. Tumbesaran
  • Setiap bayi membesar mengikut kadarnya sendiri.
  • Sebagai panduan, berat badan bayi akan meningkat sekali ganda daripada berat lahir apabila berusia 5 bulan.
  • Menjelang 12 bulan, berat badannya haruslah meningkat 3 kali ganda daripada berat lahir dan panjangnya 1 1/2 kali ganda daripada panjang lahir.
  • Mengawasi pembesaran dan tumbesaran anak adalah penting untuk mengetahui samada anak sihat dan mendapat susu ibu atau makanan yang secukupnya. 

Manisnya senyum.

Khamis, 1 Oktober 2015

12 Khasiat Delima Anda Perlu Tahu

Salam. 

Tarikh 1-Oktober-2015.


Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita.

#1   Menstabilkan Paras Kolestrol
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

#2   Delima Mempunyai Tahap Antioksidan Yang Tinggi
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

#3   Melawan Penyakit Jantung
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

#4   Menguatkan Sistem Pertahanan Badan

Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

#5   Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis”.

#6   Mengelakkan Kanser Kalenjar Prostat
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

#7   Delima Melawan Kanser Payudara

Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

#8   Merendahkan Tekanan Darah
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

#9   Menguatkan Kesihatan Gigi
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

#10   Mencegah Daripada Alzheimer (Nyanyuk)

Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

#11   Mengurangkan Batuk dan Asma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

#12   Mengandungi Kepelbagaian Vitamin
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
Manisnya senyum.