Tarikh 18-Ogos-2015.
Eh, lama benar rasanya berhajat untuk bercuti bersama keluarga tercinta ke Cameron Highlands. "Impromptu" pada pagi ini, Meen dan "mrpresident" bersetuju membawa anak-anak ke Cameron Highlands hanya untuk menikmati suasana persekitaran yang berbeza di sana.
Dengan berbekalkan bajet yang ada (boleh dikatakan bajet kami amatlah murah sahaja), kami mengambil keputusan untuk menyesuaikan perbelanjaan kami nanti dengan bajet yang ada. Seronok juga dan teruja juga rasanya kerana dalam masa yang sama, Meen juga belajar bagaimana untuk bercuti tanpa perlu menggunakan bajet yang besar.
Secara tak langsung, bolehlah dipraktikkan nanti sekiranaya selepas ini kami ingin bercuti lagi. Apabila keluarga sudah bertambah besar, perbelanjaan keluarga sangatlah penting. Apa yang penting bagi Meen, masa yang dihabiskan bersama keluarga itulah yang akan diingati, bukannya di mana kami menghabiskan percutian kami.
Rehat dan Rawat
Dalam perjalanan ke Cameron Highlands, kami sempat singgah berehat di hentian sambil menikmati bekalan Ketupat Palas Kak Siti yang dimasak istimewa atas permintaan "MrPresident". Hai, untungnya badan ada seorang kakak yang mengambil berat perihal dirinya. Sedap pula tu. Memang kebanyakan masakan air tangan Kak Siti ni mendapat pujian daripada saya. Terima kasih kak.
Bila dimakan ketupat palas ini dengan rendang yang dimasak "MrPresident", memang sangat sedap. Selama ini memang rendang yang dimasak "MrPresident tak pernah menghampakan Meen. Memang sangat-sangat sedap. Rendang "MrPresident" ni memang selalu mencuri perhatian, sehinggakan rendangnya mencuri perhatian ibu mertuanya. Alahai diri, cepat-cepatlah belajar memasak rendang.
Apa aktiviti kami di Cameron Highlands sepanjang tiga hari dua malam?
My Sister Is Awesome
Sesampainya kami ke Cameron Highlands, perut terasa lapar benar minta diisi. Kami singgah ke Pekan Kecil Cameron Highlands dan menjamu selera di medan selera sebelum berjalan-jalan mencari snek untuk dibawa ke tempat bermalam nanti.
Sesampainya di Kampung Sedia petang itu, kami mencari homestay untuk bermalam. Memang mudah sahaja untuk mencari homestay mungkin kerana kami ke sini bukan pada hujung minggu. kalau pada hujung minggu, jangan haraplah agaknya untuk dapat bermalam walaupun di homestay di sini.
Terasa aman damai di Kampung Sedia.
Di dalam Kampung Sedia ini sendiri ada mempunyai Strawberry Farm yang dikenali dengan nama YZ Agro Farm dan Taman Agro Al-Mashoor. Meen sempat jugalah berjalan kaki singgah ke YZ Agro Farm membeli strawberry.
Pada sebelah malamnya kami bersiap-siap untuk menghadapi hari esok nanti.
Esoknya, selepas menikmati sarapan pada pukul 7 pagi di gerai berhampiran, kami menunggu guide kami untuk tiba seperti yang dijanjikan pada pukul 8 pagi.
Destinasi pertama adalah Butterfly Garden.
Melawat Butterfly Garden
Bunga Oh Bunga
Kak Long dan Kak Ngah
Destinasi kedua pula Ladang Teh Boh Sungai Palas. Kilang di sini ditutup pula pada hari Isnin, jadi kami cuma berjalan-jalan di Ladang Teh Boh sahaja.
Afrina dan Ladang Teh Boh Sungai Palas
Manja-Manja Abah
Eh Siapa Tu?
Manja-Manja Abah Lagi?
Yay!
Adlina Yang "Confident"
Tertunai Juga Hajat di Hati
Merenung ke Luar Jendela
Perjalanan seterusnya ke Mossy Forest Gunung Brinchang.
Hutan Lumut - Mossy Forest
My Sister Is Awesome
Persempadanan
Setelah Penat
Gunung Brinchang
Yay Kami Di Sini
In Love with Cameron Highlands
Bila Rindu Datang Lagi
Take Five
Hilangkan dahaga dengan jus strawberry di Strawberry Farm di sini.
Strawberry Farm
Pada sebelah petangnya, kami menikmati hidangan nasi dengan ikan siakap stim bersama kangkung goreng belacan di pekan Cameron Highlands di Restoren Ferm Nyonya. Selesai makan, kami berjalan-jalan ke Kea Farm dan membeli sedikit minuman petang untuk dinikmati di homestay. Sambil menikmati minuman petang, Adlina dan Afrina sempat juga bermain di kawasan lapang di luar homestay (bukan mudah nak bermain-main di kawasan lapang begini kalau di KL).
Menjelang hari untuk kami pulang ke KL, kami bersarapan dahulu di Cameron Valley Bharat Plantation menikmati scone dan teh. Ketika bersarapan di sini, kami agak kecewa kerana waktu operasi dibuka pada pukul 8 pagi seperti yang dipamerkan rupanya hanyalah waktu bagi para pekerja masuk bekerja.
Breakfast Jom
Scone Oh Scone
Pagi Yang Indah
Dalam perjalanan turun, Meen mengajak "MrPresident" singgah sebentar di Air Terjun Lata Iskandar.
Air Terjun Lata Iskandar
Peace
Adlina dan Afrina
Meen dan "MrPresident" ada rancangan untuk berkunjung lagi ke Cameron Highlands pada masa hadapan. Tetapi tunggulah sehingga Affan sudah pandai berjalan nanti.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan