Ahad, 21 Ogos 2016

Bila Kereta Rosak di Lebuh Raya

Salam.

Tarikh 21-Ogos-2016.

Hari ini merupakan hari kami diuji lagi.

Majlis perkahwinan adik perempuan Meen baru sahaja selesai semalam.

Disebabkan Afrina mempunyai ujian pula pada hari Isnin, Meen mengambil keputusan untuk pulang ke KL kerana kasut sekolah dan baju-baju sekolah Afrina belumpun lagi dapat disiapkan sebelum Meen pulang ke Melaka pada hari Jumaat lalu. '

Sedang dalam perjalanan pulang daripada Melaka ke Kuala Lumpur, sebelum R&R Nilai, tiba-tiba terasa gegaran yang amat sangat pula di dalam kereta.



Pada mulanya Meen hanya membiarkan "Mr President" yang keluar kereta untuk melihat kerosakan yang mungkin berlaku. Rupa-rupanya kali ini tayar kereta pecah pula.

Mengambil keputusan untuk tidak panik, Meen ,memikirkan kemungkinan-kemungkinan untuk memudahkan perjalanan kami supaya sampai cepat ke KL.

Sedang Meen dan "Mr President" mencari-cari solusi yang mungkin ada, akhirnya wakil daripada ajen insurans menghubungi kami dan memberitahu bahawa mereka akan menghantar "towing car" dalam kadar 1 jam masa perjalanan.



Fuh, lega rasanya. Sementara menunggu "towing car" tiba, Meen mengajak "Mr President" berteduh di bawah flyover sambil membawa anak-anak yang sudah terjaga daripada tidur kerana kepanasan.

Berbekalkan rambutan yang dibawa dari Melaka, dan bekalan air sirap serta susu buat Adlina dan Affan, kami berpiknik pula di bawah "flyover".



Begitulah ujian buat kami semalam. Mujur tiada kemalangan yang berlaku. Hanya kereta yang mengalami kerosakan. Meen bersyukur kepadaNya kerana menguji kami dengan ujian yang kecil sebegini. Alhamdulillah.


Jadi, Meen nak berkongsi di antara tips yang boleh digunakan bagi menghadapi situasi kerosakan atau masalah pada kereta ketika dalam perjalanan jauh bersama anak-anak kecil.

#1. Bertenang dan jangan panik.
#2. Bersyukur kerana kita masih diberikan peluang untuk menyedari kerosakan pada kereta dan
      tiada kemalangan jiwa yang berlaku disebabkan keroskan itu.
#3. Hubungi ejen insurans kenderaan (dalam hal ini, "Mr President" beruntung
      sedikit kerana insurans kenderaan kereta kami dibuat oleh orang yang sama setiap tahun dan ejen
      itu adalah sahabat sepermainannya sedari kecil).
#4. Sekiranya tidak dapat juga menghubungi ejen insurans kenderaan anda, silalah menghubungi
      plusline careline yang nombornya boleh didapati di belakang kad touch and go.
#5. Berdoa dan terus berdoa semoga Allah memudahkan urusan.
#6. Cuba memaklumkan kepada sahabat handai atau saudara mara keadaan anda, supaya
      mereka sedia maklum. Maklumlah, apabila bersama dengan anak-anak kecil segala kemungkinan
      harus difikirkan sebagai persediaan.
#7. Jangan lupa juga memaklumkan keadaan anda apabila telah selamat sampai ke destinasi.




Terima kasih kerana sudi membaca penulisan Meen yang serba kekurangan ini. Sekadar berkongsi pengalaman dan kisah hidup.




Manisnya senyum.

Rabu, 17 Ogos 2016

Gembira Rasa Di Hati

Salam.

Tarikh 18-August-2016.

Sebenarnya Meen nak berkongsi kisah Afrina apabila dijemput pulang dari sekolah.

Seronoknya bukan kepalang.

Kalau boleh hari-hari pun ingin dijemput pulang oleh Meen atau "Mr President".



Senyum memanjang apabila melihatkan Meen atau Mr President di pintu pagar.



Walau bagaimanapun, kemanjaan terhadap Abah masih terserlah Afrina.

Tunggulah satu hari nanti bila berpeluang, Mama akan menunggu Afrina pulang sayang.

Manisnya senyum.

Ahad, 14 Ogos 2016

Gotong Royong Bersihkan Rumah Wan dan Atuk

Salam.

14-Ogos-2016.

Pada hari Jumaat yang lepas, Meen mengambil keputusan untuk bersetuju dengan pelawaan "Mr President" untuk pulang ke Melaka atas niat membantu Mak dan Ayah sebagai persediaan menjelangnya majlis perkahwinan adik perempuan Meen yang bongsu, Kami megambil keputusan untuk menyental bahagian luaran rumah terutamanya "longkang".

Memikirkan dengan kudrat Mak dan Ayah yang semakin kurang, malahan dalam usia yang sebegini memang tidak wajarlah mengharapkan mereka untuk melakukan tugasan sebegini.

Memang Meen akui, buat masa kini, bantuan dari segi kewangan memang tak dapat Meen hulurkan. Hanya bantuan kerahan tenaga yang dapat Meen dan "Mr President" sumbangkan.

P/S: Walaupun yang sebenarnya "Mr President" lah yang menyental longkang-longkang yang ada dan Meen hanyalah menjadi pembantunya. :)




Inilah sumber tenaga Meen yang ada.

Sambil-sambil menyental longkang dan megemaskan bahagian luar rumah, sempat juga menikmati rambutan yang dipetik terus dari pokok.




Bila "cityboy" aka Mr President jumpa rambutan yang masak di pokok dan boleh terus dimakan. Hmmm.. teruja ya. Hahaha.




Manisnya senyum.

Selasa, 9 Ogos 2016

Lagi Sedap Piza Yang Dibakar Sendiri?

Salam.

Tarikh 9-Ogos-2016.

Hari ini Meen sediakan menu sarapan pagi yang paling mudah dan cepat.

Piza buatan sendiri!

Nampak sedap tak?




Sebenarnya, setiap pagi memang Meen bercadang untuk menyediakan sarapan pagi. Tetapi boleh dikatakan dalam 1 minggu, mungkin hanya 3 hari sahaja dapat menu sarapan pagi Meen sediakan.

Salah satu menu yang palingmudah untuk disediakan adalah Piza.

Roti Piza ni sebenarnya dah pun Meen beli siap-siap di kedai menjual bahan-bahan kek dan roti.

Kepelbagaian jenis keju iaitu Parmesan, Cheddar dan lain-lain menambahkan lagi keenakan Piza yang dibakar sendiri oleh Meen ini.

Nak cuba?

Memang mudah sahaja untuk menyediakan toppingnya.

Hmm. Nanti di lain ruangan Meen kongsikan pula cara untuk memasak toppingnya.

Bye.

Manisnya senyum.

Jumaat, 29 Julai 2016

Durian Oh Durian!

Salam.

Tarikh 29-Julai-2016.

Hari ini Mr President belanja Meen untuk makan durian di tepi jalan.

Inilah pertama kali juga Meen makan durian di atas meja di tepi jalan. Biasanya Meen akan makan di rumah sahaja. Tapi kali ini, sambil makan durian, Meen dan "Mr President" seperti dulu-dulu, "dating pula".

Sedap memang sedap lah makan durian ni, tapi disebabkan bimbang pula nanti badan panas, kami hanya menjamah sedikit sahaja. Tapi, sebiiji seoranglah juga, dengan harga RM35 sekali makan. Hahaha.



Sekali sekala Meen melayan selera makan.

Sambil-sambil tu "dating" berdua.

Manisnya senyum.


Rabu, 27 Julai 2016

Rendang Mak!

Salam.

Tarikh 16-Julai-2016.

Minggu ini sebenarnya tak bercadang pun untuk pulang ke Melaka. Tapi entah macam mana, teringin sangat hendak balik berjumpa Mak.

Jadi, alkisahnya, rancangan asal untuk pulang semula ke Cheras selepas bersarapan, ditangguhkan hingga ke petang. Meen nak belajar masak rendang dengan Mak, Inilah pertama kali juga Meen memasak rendang. Selama ni, hanyalah menjadi pembantu sahaja. Tapi, hari ni (Ahad) tertunai jugalah untuk memasak rendang hasil tunjuk ajar Mak.

Hmm... sedapnya rendang air tangan Mak. :)


Rendang Mak!


Rupa-rupanya mudah sahaja hendak memasak Rendang Ayam ni, Asalkan cukup bahan-bahannya, bila-bila sahaja boleh memasak rendang ayam. Azam raya akan datang (tahun 2017), Meen nak masakkan anak-anak dan suami Rendang Ayam yang dimasak sendiri oleh Meen.

Manisnya senyum.

Selasa, 12 Julai 2016

Celcom Tower Di Hatiku

Salam.

Tarikh 13-Julai-2016.

Semoga hari ini menjadi lembaran baru untukku.


#tempatcari rezeki

Semoga semua pembaca dilimpahkan rahmat dan kasih sayang Ilahi.

Manisnya senyum.