Selasa, 3 Mei 2016

Yes... I Am Afraid If

Salam.

Tarikh 3-Mei-2016.

Terlalu cepat masa berlalu.

Hanya 1 minggu yang lepas, Mak dan Ayah ke sini.

Betullah kata pujangga, kita hanya mampu merancang, namun Tuhan jualah penentu segala-galanya.

Baru semalam Meen kembali semula ke rumah setelah pulang ke kampung dengan tergesa-gesa pada hari Ahad pagi yang lalu melawat Ayah di Hospital Melaka.

Panggilan telefon dari Mak, mengenai perkhabaran tentang kesihatan Ayah pada pagi Ahad yang lalu, membuatkan Meen sedikit terkedu dan kaku kerana Ayah selama yang Meen kenali, mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Namun, satu perkara yang pasti, Ayah semakin tua. Begitu juga Mak. Oh, sekiranya dapat diukur ketakutan dalam diri dan jiwa ini, mungkin tahap ketakutan itu tidak dapat diukur langsung.

Meen takut. Takut sekiranya Meen tak diberikan kesempatan untuk berbakti pada Mak dan Ayah. Hanya kepada Allah tempat mengadu, mohon supaya diberikan kesihatan yang berpanjangan kepada Mak dan Ayah supaya dapat jua Meen diberikan kesempatan untuk berbakti kepada mereka.

Besarlah hajat Meen supaya dapat Meen berikan kelapangan kepada Mak dan Ayah.

Semoga hajat Meen ini bukan sekadar satu angan-angan.


Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan