Selasa, 2 Februari 2016

Garis Panduan dan Langkah Demi Langkah Untuk Memulakan Perniagaan

Salam.

Tarikh 2-Februari-2016.

Memulakan perniagaan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah.

Jika tidak tahu caranya, bukan keuntungan malah kerugian yang harus ditanggung oleh peniaga.

Jadi, sebelum memulakan apa-apa sahaja perniagaan, tidak salah kiranya kita memanfaatkan sedikit masa untuk mencari dan mempelajari sedikit sebanyak ilmu perniagaan.

Bagaimana untuk memulakan perniagaan?

Apakah garis panduan dan langkah demi langkah untuk memulakan perniagaan?

Langkah #1 Mencari Peluang
Langkah pertama anda adalah untuk mengenal pasti peluang dan berfikir cara bagaimana untuk melaksanakannya. Sebagai contoh, pengendali hotel kecil menyedari bahawa sebahagian besar pengunjung hotel warga tua dan sebahagian besar daripada mereka memerlukan pemakanan khas. Pemilik hotel memperkenalkan menu khas yang rendah kolesterol dan garam untuk memenuhi keperluan orang tua-tua. Ini meningkatkan pengunjung dan pendapatan hotel.





Langkah #2 Kenalpasti Pasaran Anda
Tidak ada gunanya untuk memulakan perniagaan jika anda tidak tahu pasaran anda. Anda mesti tahu pasaran anda dan ni adalah benar bukan hanya untuk perniagaan yang baru tetapi juga untuk perniagaan sedia ada yang ingin berkembang di kawasan yang berlainan.





Langkah #3 Kenali Produk Anda
Seterusnya, anda perlu memutuskan sama ada anda mempunyai kemahiran, pengetahuan dan kebolehan untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan berkualiti saperti yang diingini oleh pasaran dan pada harga di mana pasaran bersedia untuk membayar. Anda juga perlu membuat keuntungan yang munasabah dalam proses supaya anda dapat membayar gaji anda, gaji kakitangan anda, menampung kos perniagaan dan membuat pelaburan dalam pembangunan perniagaan.

Langkah #4 Mengkaji Industri Yang Ingin Anda Ceburi
Anda hendaklah mempunyai cukup maklumat mengenai industri yang hendak dimasuki dengan menjalankan penyelidikan dan bertanya dengan seberapa ramai orang yang terlibat dalam industri seperti akauntan, pengurus bank, peguam, penasihat perniagaan dan pihak berkuasa kerajaan.

Langkah #5 Dapatkan Pengalaman Industri
Jika boleh, anda hendaklah mendapatkan pengalaman dalam perniagaan yang ingin anda ceburi dengan bekerja untuk orang lain dalam perniagaan yang sama. Anda juga boleh bercakap dengan orang lain dalam industri ini dan mendapatkan maklumat mengenai perkara yang diperlukan untuk berjaya. Anda juga boleh berbincang dengan pihak industri yang bakal menjadi pembekal dan pelanggan anda.





Langkah #6 Membuat Pengiraan Tentang Kos
Selepas mendapat maklumat tentang industri itu, anda hendaklah mengenal pasti struktur harga anda dan keperluan pembiayaan (berapa banyak wang yang anda akan perlu untuk memulakan perniagaan). Ini adalah untuk mengetahui jika perniagaan itu berdaya maju.

Langkah #7 Menmbuat Kajian Mengenai Isu Undang-Undang dan Isu Praktikal
Isu seperti pelesenan dan peraturan serta lokasi perniagaan perlu dikaji di peringkat permulaan. Ini termasuk struktur perniagaan anda. Apakah jenis perniagaan yang anda ingin jalankan? Adakah anda akan memulakan perniagaan sebagai peniaga tunggal, perniagaan perkongsian, syarikat kewajaran terhad atau koperasi?


Langkah #8 Membangunkan Kemahiran Pengurusan Anda
Salah satu sebab utama yang membuat perniagaan gagal adalah kemahiran pengurusan yang lemah. Adakah anda mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk menguruskan perniagaan yang anda hendak mulakan? Mempunyai kemahiran untuk membuat produk atau memberi perkhidmatan tidak semestinya bermakna anda mempunyai kemahiran untuk menjual, menguruskan kewangan dan mengambil pekerja, melatih dan menyelia kakitangan. Mengurus perniagaan memerlukan kebolehan untuk merancang, menyusun, membuat keputusan dan mengawal. Kebolehan ini adalah faktor utama yang mempengaruhi kejayaan sesuatu perniagaan. Anda perlu belajar dan membangunkan kemahiran ini.

Langkah #9 Membina Pelan Perniagaan
Akhir sekali apabila anda mempunyai semua maklumat yang perlu di dalam tangan, anda kini boleh membuat keputusan bagaimana anda akan membangunkan perniagaan anda. Proses ini dikenali sebagai membina pelan perniagaan.






Kredit kepada www.smeinfo.com.my.


Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan