Khamis, 4 Februari 2016

Teruslah Berusaha Sahabat!

Salam.

Tarikh 4-Februari-2016.

Sungguh.

Memang mencabar sungguh-sungguh permulaan tahun 2016.

Diam tak diam sudahpun sebulan kita melangkah ke tahun 2016, sebulan jugalah kita meninggalkan pergi tahun 2015.

Cepatnya masa berlalu.

Sebulan jugalah anak-anak kita melangkah masuk ke alam persekolahan. Sebulan jugalah mereka meningkat masuk ke tahun atau tingkatan yang lebih tinggi. Sebulan jugalah kita berpenat lelah menguruskan mereka. Harapnya selepas sebulan ini, mereka sudah terbiasa dengan rutin biasa untuk mereka ke sekolah.

Apa jua yang kita sedang lakukan dan usahakan, masa tetaplah berlalu meninggalkan kita, tanpa mengira siapa kita.

Kita Manusia

M.A.S.A.

Tik... tik... tik... tik... tik... tik... tik...

Sahabat. teruslah berusaha melakukan apa yang terbaik buat dirimu dan keluargamu.

Tetaplah sabar dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

Tetaplah melaksanakan apa yang disuruh oleh agama dan tinggalkanlah apa yang dilarang agama.

Sesungguhnya, dalam setiap kesusahan itu, terselit pasti kesenangan.

Cuma mungkin, bukan mudah akal kita untuk menilai dan memahami segala kejadian yang telahpun direncanakan sebaik mungkin di muka bumi ini.

Bila dirasakan amat payah sekali, renungkan dari luar jendela, mereka yang lebih sukar hidupnya daripada  kita.

Bila saja dirasakan kita sudah berada di atas, jangan mudah sesekali lupa akan mereka yang masih di bawah dan masih berusaha memperbaiki hidup mereka.

Saling bantu membantulah kita sesama kita.

Bukankah kita semua M.A.N.U.S.I.A.?

Bukankah itu pun sudah cukup bermakna?

Semoga Berjaya Sahabat!

Manisnya Senyum.

Selasa, 2 Februari 2016

Garis Panduan dan Langkah Demi Langkah Untuk Memulakan Perniagaan

Salam.

Tarikh 2-Februari-2016.

Memulakan perniagaan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah.

Jika tidak tahu caranya, bukan keuntungan malah kerugian yang harus ditanggung oleh peniaga.

Jadi, sebelum memulakan apa-apa sahaja perniagaan, tidak salah kiranya kita memanfaatkan sedikit masa untuk mencari dan mempelajari sedikit sebanyak ilmu perniagaan.

Bagaimana untuk memulakan perniagaan?

Apakah garis panduan dan langkah demi langkah untuk memulakan perniagaan?

Langkah #1 Mencari Peluang
Langkah pertama anda adalah untuk mengenal pasti peluang dan berfikir cara bagaimana untuk melaksanakannya. Sebagai contoh, pengendali hotel kecil menyedari bahawa sebahagian besar pengunjung hotel warga tua dan sebahagian besar daripada mereka memerlukan pemakanan khas. Pemilik hotel memperkenalkan menu khas yang rendah kolesterol dan garam untuk memenuhi keperluan orang tua-tua. Ini meningkatkan pengunjung dan pendapatan hotel.





Langkah #2 Kenalpasti Pasaran Anda
Tidak ada gunanya untuk memulakan perniagaan jika anda tidak tahu pasaran anda. Anda mesti tahu pasaran anda dan ni adalah benar bukan hanya untuk perniagaan yang baru tetapi juga untuk perniagaan sedia ada yang ingin berkembang di kawasan yang berlainan.





Langkah #3 Kenali Produk Anda
Seterusnya, anda perlu memutuskan sama ada anda mempunyai kemahiran, pengetahuan dan kebolehan untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan berkualiti saperti yang diingini oleh pasaran dan pada harga di mana pasaran bersedia untuk membayar. Anda juga perlu membuat keuntungan yang munasabah dalam proses supaya anda dapat membayar gaji anda, gaji kakitangan anda, menampung kos perniagaan dan membuat pelaburan dalam pembangunan perniagaan.

Langkah #4 Mengkaji Industri Yang Ingin Anda Ceburi
Anda hendaklah mempunyai cukup maklumat mengenai industri yang hendak dimasuki dengan menjalankan penyelidikan dan bertanya dengan seberapa ramai orang yang terlibat dalam industri seperti akauntan, pengurus bank, peguam, penasihat perniagaan dan pihak berkuasa kerajaan.

Langkah #5 Dapatkan Pengalaman Industri
Jika boleh, anda hendaklah mendapatkan pengalaman dalam perniagaan yang ingin anda ceburi dengan bekerja untuk orang lain dalam perniagaan yang sama. Anda juga boleh bercakap dengan orang lain dalam industri ini dan mendapatkan maklumat mengenai perkara yang diperlukan untuk berjaya. Anda juga boleh berbincang dengan pihak industri yang bakal menjadi pembekal dan pelanggan anda.





Langkah #6 Membuat Pengiraan Tentang Kos
Selepas mendapat maklumat tentang industri itu, anda hendaklah mengenal pasti struktur harga anda dan keperluan pembiayaan (berapa banyak wang yang anda akan perlu untuk memulakan perniagaan). Ini adalah untuk mengetahui jika perniagaan itu berdaya maju.

Langkah #7 Menmbuat Kajian Mengenai Isu Undang-Undang dan Isu Praktikal
Isu seperti pelesenan dan peraturan serta lokasi perniagaan perlu dikaji di peringkat permulaan. Ini termasuk struktur perniagaan anda. Apakah jenis perniagaan yang anda ingin jalankan? Adakah anda akan memulakan perniagaan sebagai peniaga tunggal, perniagaan perkongsian, syarikat kewajaran terhad atau koperasi?


Langkah #8 Membangunkan Kemahiran Pengurusan Anda
Salah satu sebab utama yang membuat perniagaan gagal adalah kemahiran pengurusan yang lemah. Adakah anda mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk menguruskan perniagaan yang anda hendak mulakan? Mempunyai kemahiran untuk membuat produk atau memberi perkhidmatan tidak semestinya bermakna anda mempunyai kemahiran untuk menjual, menguruskan kewangan dan mengambil pekerja, melatih dan menyelia kakitangan. Mengurus perniagaan memerlukan kebolehan untuk merancang, menyusun, membuat keputusan dan mengawal. Kebolehan ini adalah faktor utama yang mempengaruhi kejayaan sesuatu perniagaan. Anda perlu belajar dan membangunkan kemahiran ini.

Langkah #9 Membina Pelan Perniagaan
Akhir sekali apabila anda mempunyai semua maklumat yang perlu di dalam tangan, anda kini boleh membuat keputusan bagaimana anda akan membangunkan perniagaan anda. Proses ini dikenali sebagai membina pelan perniagaan.






Kredit kepada www.smeinfo.com.my.


Manisnya senyum.

Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu - Mountain Torq - World's Highest via Ferrata

Salam. 

Date 3-February-2016.


Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu - Mountain Torq - World's Highest via Ferrata



"Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu"

FERRATA


What is Via Ferrata

A via ferrata (or ‘iron road’ in Italian, plural via ferrate) is a protected mountain pathway consisting of a series of rungs, rails, cables and bridges embracing the rock face. It allows access to scenic sections of the mountains that are typically available only to rock climbers and mountaineers. The excitement, scenic beauty and personal conquest you will experience on a via ferrata is guaranteed to give you an invigorating nostalgic experience for years to come. There are more than 300 via ferrata routes around the world predominantly in Italy, Germany, France, Austria, Slovenia, Switzerland and Spain, and a few places in the United States and Canada.
The world’s highest via ferrata, Mountain Torq – which also happens to be Asia’s first – can now be found on Mt Kinabalu in Malaysian Borneo.


What is Mountain Torq
Mountain Torq is the World’s highest via ferrata and Asia’s first via ferrata located at Mt Kinabalu’s Panalaban rock face. It starts at 3,400m and ends at 3,800m – the next highest via ferrata is found in the Italian Dolomites called the Marmolada West ridge, at the highest point of 3,343 meters.


Via Ferrata Climbing - An Activity for Everyone
The Mt Kinabalu via ferrata is devised to give climbers with little or no climbing experience access to rock faces normally reached by mountaineers and rock climbers. 

The minimum requirements needed for the first time via ferrate climber are:
  • Average fitness level (Able to hike up to 3,200m in 6 hrs)
  • At least 10 years old and 1.3 meters tall
  • Do not have a fear of heights or are willing to conquer their fear of heightsThe Mt Kinabalu via ferrata routes are designed with beginner and intermediate climbers in mind.
  • There is a via ferrata route to match everyone’s ability and endurance.
  • Beginner climbers can take their first experience along the granite walls of Mt Kinabalu. A journey of 2 to 3 hours.
  • Intermediate climbers embark on a 4 to 5 hours journey to experience the challenge of mountaineering and the lesser seen side of the mountain’s breathtaking heights and sights.
  • The diversity of via ferrata routes means there is something for everyone – whether he or she is 10 or 70, a keen mountaineer or a casual holidaymaker.

No mountaineering experience? Don’t worry!
There is always an experienced via ferrata trainer to lead the way. With over 1km of carefully planned out activity routes, our via ferrata participants can now enjoy the full experience of mountaineering in a safe and controlled environment.


2D1N MOUNT KINABALU CLIMB WITH FERRATA (LOW’S PEAK CIRCUIT)


Tour CodeABK-MK05
Package2D1N Mount Kinabalu Climb With Ferrata (Low’s Peak Circuit)
Duration2D1N
Price FromMYR 1475 Per Person
Minimum1 adult(s) per order
Track RouteTimpohon > Pendant Hut > Low's Peak > Low's Peak Circuit > Timpohon
Fitness Level4/5
Departure Time06:00 – 06:45 hrs
Promotional Package Rates Per Adult(No hidden or extra costs unless otherwise stated)
Tour ValidityPRICE VALID from 1st January 2016 - 29th February 2016


2015 Climb Package Rates:

GROUP SIZEMALAYSIANINTERNATIONAL
1 PAXMYR 1,900MYR 2,005
2 - 3 PAXMYR 1,685MYR 1,790
4 - 6 PAXMYR 1,580MYR 1,685
7 - 15 PAXMYR 1,530MYR 1,635
16 - 36 PAXMYR 1,475MYR 1,580
Note:
  • All rates are quoted in Ringgit Malaysia (MYR) and are inclusive of 6% Goods & Service Tax (GST).
Please contact us directly at info@mountkinabalu.com to enjoy further discount for groups of 37 pax and above.

Tour Highlights:


  • Mount Kinabalu Climb via Timpohon Trail
  • Low’s Peak Summit (Highest Elevation 4095.2M)
  • Complimentary Ferrata Activity (Low’s Peak Circuit)
  • 1 Night Pendant Hut

Manisnya Senyum.

Sources from www.mountkinabalu.com

Isnin, 1 Februari 2016

6 Tips Untuk Menabung Dalam Keadaan Terdesak

Salam.

Tarikh 2-Februari-2016.

Kenapa kita masih perlu menabung bila kita masih lagi dalam keadaan terdesak?

Terdesak yang bagaimana? Bagaimana baru dikatakan kita sudah terdesak?


Terdesak itu sebenarnya kita yang tentukan. Tetapi, apabila pasangan kita tiba-tiba terputus punca pendapatan tetap, dan masih lagi mencari peluang pekerjaan, itu memang sudah cukup untuk menyatakan bahawa diri kita memang berada di dalam keadaan terdesak.


Kepada sahabat yang pernah merasai atau sedang menghadapi keadaan ini, tentu faham keadaan terdesak yang bagaimana yang Meen maksudkan.

Tetapi kepada sahabat yang tidak pernah mengalami situasi ini, cuba-cubalah memahami keadaan ini, kerana hidup kita ini tidak kekal selamanya. Terkadang kita di atas, terkadang kita di bawah, mungkin juga tersungkur jatuh. Jadi amat penting untuk kita sediakan payung dahulu sebelum hujan.

Namun, banyakkanlah bersabar dan bertenang. Cubalah cari jalan dan ikhtiar sehabis mungkin, untuk kita keluar daripada keadaan yang terdesak itu.

Sesudah ada kepayahan, pasti ada kesenangan. Namun, kesenangan tidak pula datang bergolek sekiranya tiada usaha daripada kita.

Jadi, bagaimana untuk kita menabung bila keadaan diri kita di dalam keadaan terdesak?

Tips #1 Jadilah Pembeli Bijak
Bandingkan harga barang setiap kali kita membeli barang keperluan, dan belilah barang dengan harga termurah tetapi berkualiti atau setanding dengan harga yang kita bayar. Contohnya kadang-kadang, lampin pakai buang bayi berbeza 1 ke 3 ringgit di kedai yang berlainan.

Tips #2 Simpan Baki
Simpan baki di dalam tabungan khas supaya kita boleh simpankan di dalam akaun simpanan kita sebagai bekalan kecemasan apabila tiba pertengahan bulan. Biasanya, Meen akan menggandingkan bulan sebelum dan bulan semasa untuk berurusan di kaunter kerana pada pertengahan bulan, jumlah pengunjung yang kana berurusan di kaunter adalah separuh daripada biasa. 


Tips #3 Menabung Dengan Matlamat
Apabila anak-anak sudah bersekolah, mereka kebiasaannya akan menyimpan hasrat untuk pergi bercuti bersama keluarga. Jangan pandang remeh hasrat baik mereka ini, kerana inilah salah satu cara untuk kita merapatkan hubungan kekeluargaan kita setelah setahun mereka bersekolah. Hubungan inilah yang membuatkan mereka akan lebih menghargai erti sebuah kekeluargaan.

Jadi, simpanlah matlamat untuk membawa anak-anak dan keluarga kita bercuti walaupun hanya di dalam Malaysia. Asingkan tabungan untuk bercuti supaya niat baik kita ini, dapat kita tunaikan kerana niat yang baik itu sudah pasti akan diiringi dengan hasil yang baik. Sekiranya kita berhasrat untuk ke luar negara, tetapi tidak berjaya, paling tidak dapat juga kita bercuti di dalam Malaysia sahaja. Apa yang penting adalah kualiti masa yang kita luangkan bersama keluarga.


Tips #4  Berhenti Bersahabat Dengan Kad Kredit
Percayalah, lebih banyak keburukan berbanding kebaikan apabila kita bersahabat dengan kad kredit. Berhenti bersahabat dengan kad kredit. Tiada kompromi. 
Tips #5 Buatlah Bajet dan Kira-Kira
Walaupun bajet biasanya dipandang remeh oleh sesetengah orang, namun bajetlah penyelamat buat kita dan ia boleh menjadi sahabat kita yang paling banyak bermanfaat. Buat bajet bulanan dan tetapkan berapa bajet keluarga kita untuk seminggu. Tetapkan bajet bulanan tetap dan asingkan terlebih dahulu di dalam kira-kira kita nanti.


Tips #6 Komited
Walaupun komited merupakan tips terakhir, namun percayalah komited dengan apa yang kita rancangkan adalah kunci kejayaan untuk kita keluar daripada keadaan yang 'terdesak' itu. Sikap merupakan punca kejayaan kita yang paling utama. Komited dan berdisiplin di dalam berbelanja dan ikutlah segala yang telah kita rancangkan dan bincangkan bersama pasangan. Pasti ada perubahan buat diri kita dan anak-anak.


Semoga apa yang Meen kongsikan di sini, dapat menjadi panduan buat sahabat semua. Walaupun apa yang kita usahakan hanya kecil di pandangan mata orang lain, percayalah usaha sikit-sikit lama-lama hasilnya pasti jadi bukit.
"Hidup dan nasib roler koster roler koster

Susah dan senang bersilih ganti

Bila-bila boleh naik dan turun
Bila-bila noleh naik dan turun
Apokalips"


Di samping itu, jangan lupa memohon kepada yang maha esa, untuk memudahkan urusan kita dalam apa jua urusan, dan supaya dilapangkan rezeki kita dengan niat supaya dapat pula kita membantu sahabat yang memerlukan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?[2]. Surah Al-’Ankabut, Ayat 2.

Gambatte ooo!

Semoga Berjaya.

Manisnya senyum.

Selamat Hari Wilayah

Salam.

Tarikh 1-Februari-2016. 

Selamat Hari Wilayah



Hari Wilayah Persekutuan ialah hari cuti umum di Wilayah Persekutuan, Malaysia.

Ia disambut di wilayah ini iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada 

1 Februari setiap tahun.
Tarikh ini bersempena dengan pembentukan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia dan Wilayah Persekutuan pertama pada 1974.

Kuala Lumpur sebelum itu merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.

Manisnya senyum. 

Sabtu, 30 Januari 2016

Majlis Pertunangan 2016

Salam.

Tarikh 30-Januari-2016.

Sabtu. 

Hari ini merupakan majlis pertunangan adik perempuan Meen yang bongsu. 

Walaupun disambut sederhana, namun meriah majlis pertunangannya. 

Perkhidmatan katering yang ditempah oleh mak dan ayah menyajikan hidangan yang amat menyelerakan, dan digandingkan pula dengan sajian air tangan daripada ibu-ibu saudara dan jiran-jiran tetangga yang banyak membantu. 

Majlis pertunangan ini disambut bagi meraikan kehadiran tetamu daripada keluarga bakal suami kepada adik perempuan Meen nanti. Tiada juga dulang hantaran untuk dibalas-balas, sekadar berkongsi dan bertukar-tukar hadiah.

Semoga majlis pernikahan dan majlis perkahwinan yang dirancang pada Ogos 2016 nanti berjalan lancar dan penuh meriah. 

magazinesbymeen@blogspot.com
"Majlis Pertunangan 2016"
magazinesbymeen@blogspot.com
Aksi Bergambar
magazinesbymeen@blogspot.com
Mereka Yang Belum Berumahtangga Lagi
magazinesbymeen@blogspot.com
Merenung Ke Luar Jendela

magazinesbymeen@blogspot.com
Teman Bicara

Semoga apa yang kita hajati dan kita impikan menjadi kenangan terindah buat kita semua.

Semoga juga dalam kita sibuk menjalani kehidupan seharian, hubungan kekeluargaan kita semakin bertambah erat dan saling memahami sesama kita.

Semoga segala kenangan membesar bersama-sama dahulu, menjadi kenangan yang terindah dan itulah juga yang mengikat hubungan kita adik-beradik.

Kepada 6 orang adik-beradik Meen, kenangan membesar bersama kalian, memang akan tetap dikenang dalam ingatan sebagai kenangan terindah bagi Meen.

Semoga ikatan yang kita punyai inilah, menjadikan hubungan kita kekal abadi dan mesra setelah masing-masing berumahtangga kerana ikatan itulah juga yang disimpan kemas-kemas oleh mak dan ayah dalam membesarkan kita adik-beradik.

Seperti mana perasaan bila kita membesarkan anak-anak kita nanti, dan setelah mereka nanti berumah tangga, begitulah yang diharapkan oleh mak dan ayah kita.

Semoga hubungan kita yang tiada ganti ini, kekal dan menjadi salah satu sebab membawa kita ke Jannah.

"I love my family".

Manisnya senyum.

Rabu, 27 Januari 2016

10 Tips Urus Kewangan Dengan Bijak

Salam.

Tarikh 27-Januari-2016.

Sana sini, orang bercerita mengenai isu semasa melibatkan kewangan. Bila sahaja bercerita mengenai kewangan, ramai betul di antara kita yang garu kepala dan semakin bertambah runsing, memikirkan mengenai masalah kewangan. 

Kita seringkali melihat, merasai pengalaman sendiri serta mendengar bahawa kebanyakan kita dan kawan-kawan kita pasti mengalami masalah duit. Duit ini memang tidak akan pernah cukup seandainya kita tidak pandai menguruskannya dengan bijak. 

Semestinya kita kena tahu masalah duit atau wang ini bukan hanya orang miskin sahaja yang mengalaminya kerana orang kaya juga turut terlibat kerana terjebak masalah dengan hutang yang banyak atau muflis dengan perniagaan. Oleh itu, jom kita baca 10 tips untuk urus kewangan dengan bijak.

Tips #1 Ubah Sikap
Ubah sikap dan tetapkan pendirian agar tidak menjadi pemboros atau suka membazir dan mengikut nafsu apabila mempunyai duit atau wang. Malas mencari duit, mudah putus asa dan tidak mahu mengambil peluang, takut mengambil risiko serta kurang berusaha untuk mencari duit perlu dielakkan. Jangan mudah merungut, menyalahkan orang lain, serta terlalu bergantung kepada orang lain kerana ia adalah sikap yang langsung tidak membina. Peganglah pada janji tuhan bahawa ‘Allah tidak akan mengubah satu kaum itu melainkan kaum itu mengubah dirinya sendiri’. Amalkan sikap-sikap positif dalam diri untuk berjaya dan paling penting Jangan amalkan sikap suka meminjam walau dengan sesiapapun. Buat sesuatu perkara, usaha sedikit demi sedikit untuk mencapai sesuatu dan banyakkan bersabar.


Tips #2 Menyimpan
Setiap orang yang bekerja pasti memperoleh duit gaji. Gaji banyak atau sedikit wajib kena menyimpan juga walau apa pun berlaku. Contoh gaji RM900, simpan RM50.


Tips #3 Selesaikan hutang sedia ada, berhenti menggunakan kad kredit
Hutang sedia ada ini termasuk bil air, elektrik, sewa rumah, motorsikal, kereta pada waktu yang ditetapkan. Jangan bertangguh membayar melebihi tarikh dan waktu yang dijanjikan. Elakkan juga mempunyai kad kredit dan bayarlah menggunakan kad debit ATM kita semasa membeli barangan. Lebih elok, bayar secara tunai.


Tips #4 Bayar zakat dan bersedekah
Orang Islam wajib kena bayar zakat apabila bekerja. Jangan anggap zakat sebagai beban sebab dengan membayar zakatlah orang Islam akan dapat rezeki daripada Allah daripada sumber yang tidak dapat dijangkakan dan ia memang bukanlah sesuatu yang membebankan. Sedekah juga kepada insan yang memerlukan bukan hanya kepada orang miskin, anak-anak yatim tetapi keluarga, dan mereka yang memerlukan pertolongan kita.

Tips #5 Berbelanja mengikut pendapatan
Sekiranya pendapatan kita dalam RM2000. Berbelanja mengikut keperluan. Rancang perkara yang perlu dibuat semasa menerima gaji atau pendapatan. Beli barangan ikut kemampuan dan elakkan hutang. Contoh gaji yang ditetapkan untuk berbelanja adalah RM700 selepas ditolak dengan hutang dan simpanan. Beli barangan dapur dan apa-apa barangan yang menjadi keperluan bulanan. Bijak memilih barangan yang murah tetapi berkualiti.



Tips #6 Menyenaraikan barangan keperluan dalam pembelian mengikut keutamaan
Dalam RM700 untuk pembelian barangan keperluan. Utamakan barang yang perlu dahulu atau perbaiki barangan yang rosak seperti mesin basuh, kipas angin dan sekiranya ada yang lebih utamakan barangan dapur dahulu. Amalkan gaya hidup makan dirumah berbanding makan di luar. Selepas itu lihat pula pada pakaian, buat penilaian yang perlu, sekiranya pakaian seperti tudung dah banyak, apa salahnya guna dahulu yang sedia ada. Yang pasti elakkan membazir.

Tips #7 Ganjaran
Sebagai manusia kita tidak lari dari kehendak kehidupan. Apa yang orang lain ada kita juga mahu ada. Tetapi biarlah ikut kemampuan. Sekiranya ada bonus, gaji yang lebih banyak selepas ditolak dengan simpanan, hutang dan segala keperluan mencukupi seisi keluarga. Barulah membeli barangan yang kita inginkan tetapi rancanglah dahulu. Jangan terlalu gelojoh untuk membeli segera perkara yang dinginkan. Buat penilaian, teliti harga dan belilah barangan tersebut dengan harga yang berpatutan dan mengikut kemampuan. 


Tips #8 Membuat pelaburan atau menambahkan pendapatan
Untuk mendapatkan gaji yang lebih baik daripada sebelumnya, kita boleh membuat pelaburan ASB atau pelaburan yang sah, selamat serta mengikut syariah bagi yang Islam disamping menjana pendapatan mengikut tahap kesihatan tubuh. Sumber rezeki yang banyak datangnya daripada perniagaan. Buatlah kerja part time untuk menambahkan pendapatan keluarga yang tidak membebankan dan menjejaskan kesihatan tubuh badan.

Tips #9 Dapatkan nasihat kewangan
Untuk mendapatkan tips yang lebih baik secara terperinci dalam menguruskan kewangan anda sendiri. Banyak daripada pihak kerajaan dan NGO yang boleh membantu kita dalam memberikan nasihat kewangan dalam menguruskan kewangan dan hutang peribadi yang terbeban. Jangan berasa segan, kerana bukan kita seorang yang mengalami masalah kewangan tetapi ramai. Cepatlah berjumpa dengan pihak AKPK bagi membantu mempercepatkan masalah kewangan.



Tips #10 Membeli aset

Kepada mereka yang berkemampuan dan berpendapatan tinggi janganlah ingat masalah kewangan tidak akan dihadapi oleh anda. Malang kan tidak berbau. Jadi belilah aset yang boleh membawa pulangan balik kepada anda seperti rumah, emas ataupun hartanah.



Ringkasnya, rancanglah kewangan anda dengan bijak dan elakkan berhutang.

Jom sama-sama kita amalkan.


Manisnya senyum.