Jumaat, 4 Disember 2015

Jemput-Jemput Sayur Resipi Abah

Salam.

Pada hari Rabu yang lepas, "mrpresident" sebenarnya telahpun menyediakan jemput-jemput yang pada citarasa Meen enak sekali. Bukan sahaja enak, malah ianya juga sihat untuk dimakan. Jemput-jemput yang digelar Jemput-Jemput Sayur olehnya, dicuba pula oleh saya pada keesokan harinya dan dibantu si cilik saya Afrina.

Ini resipinya.

Jemput-Jemput Sayur Resipi Abah

Jemput-Jemput Sayur Resipi Abah

Afrina Chef Cilik

Bersungguh-Sungguh Nampaknya

Bahan-Bahannya:
  • 1 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar lada putih (ditumbuk lumat)
  • 1 inci lobak merah (dipotong memanjang)
  • 1 sudu besar ikan bilis (ditumbuk lumat)
  • sedikit kobis putih
  • 1 sudu besar udang geragau (ditumbuk lumat)
  • secubit soda bikarbonat
  • tepung gandum
  • air secukupnya
  • garam sesedap rasa
  • minyak untuk menggoreng
Antara Bahan-Bahannya

 Kentang 

 Lada Putih

 Lobak Merah

 Ikan Bilis

 Kobis Putih

 Udang Geragau

Soda Bikarbonat

Bahan-Bahannya

Cara Penyediaannya:
  1. Kentang dipotong dadu.
  2. Lada putih, ikan bilis dan udang geragau ditumbuk lumat.
  3. Lobak merah dipotong memanjang.
  4. Tepung dimasukkan ke dalam mangkuk yang besar.
  5. Diperasakan dengan sedikit garam.
  6. Ditaburkan dengan secubit soda bikarbonat.
  7. Digaul rata dengan kentang, lobak merah dan bahan yang ditumbuk tadi.
  8. Masukkan air secukupnya.
  9. Masukkan pula kobis putih.
  10. Sediakan kuali dengan minyak untuk menggoreng. 
  11. Sedia untuk dihidang. 
  12. Selamat mencuba.
Semua proses menggaul dilakukan oleh si cilik saya, Afrina. afrina tersenyum lebar bila diberi kepercayaan untuk mengendalikan proses menggaul sepenuhnya. Inilah antara aktiviti yang dapat Meen sediakan untuknya pada cuti-cuti sekolah begini. Semoga minat memasak menyubur di dalam hatinya.

Jemput-Jemput Sayur Resipi Abah

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan