Sabtu, 5 Disember 2015

10 Idea Menarik Untuk Bekal Ke Sekolah

Salam.

Tahun 2016 merupakan tahun pertama Afrina ke sekolah. Meen menjangkakan, Afrina akan menempuh hari yang mencabar dengan pertambahan kerja-kerja sekolah dan mungkin jadual harian yang agak ketat dek kerana kekangan masa.

Kanak-kanak seperti Afrina mudah berasa bosan dengan menu yang sama sebagai bekal mereka ke sekolah. Lantas Meen memikirkan antara persediaan yang boleh dibuat adalah dengan menyediakan bekal sekolah yang menarik kepada Afrina supaya Afrina mendapat nutrien yang lengkap sepanjang harinya.

Ini antara idea yang menarik pada Meen sebagai persediaan untuk bekal Afrina ke sekolah nanti.

10 Idea Menarik Untuk Bekal Ke Sekolah

1. Bufet Biskut dan Keju
Salah satu cara untuk mengelakkan daripada sandwic tampak bosan adalah dengan menambahkan aneka biskut dan keju. Mungkin boleh diletakkan biskut yang dipek kecil-kecil sebagai hidangan. Potong juga beberapa keju cheddar sebagai sumber protein. Buah-buahan seperti anggur juga boleh menambahkan selera makan kerana warnanya yang terang.

Bufet Biskut dan Keju

2. Sandwic Bulat Yang Mini
Tukar kebiasaan dalam menggunakan roti sandwic berbentuk petak kepada roti bulat yang mini kerana ia akan kelihatan seperti burger. Pastikan sandwic mini ini diisi dengan ayam dan keju, sayur-sayuran atau daging burger yang mini.

 
Sandwic Mini Bulat
3. Variasi Perisa Yang Kreatif
Perisa acap kali dipandang remeh dan dianggap sebagai bahan sampingan sahaja di dalam setiap hidangan. Apa kata kenal pasti citarasa anak kita dengan pelbagaikan sos di dalam sandwic mereka. Antara sos yang boleh dipelbagaikan adalah, sos barbeku, mayonis, mustard madu, sos kranberi, sos cili atau sos tomato. 

Variasi Perisa Yang Kreatif

4. Sandwic Mentega Kacang dan Pisang
Sandwic mentega kacang memang dapat membantu memulihkan mood tatkala kepenatan dan keletihan sepanjang hari. Apa kata, pelbagaikan lagi dengan tambahan beberapa keping potongan epal atau pisang, kismis,, ataupun ditabur sedikit coklat cip ke atas sandwic supaya ianya kelihatan lebih menarik dan tidak menjemukan.

Sandwic Mentega Kacang dan Pisang

5. Salad Pasta
Gabungkan kepelbagaian bentuk pasta di dalam satu hidangan dan ini pasti akan memberikan kepelbagaian rasa dan tekstur.Tambahkan juga kekacang, jagung manis, daging cincang yang ditumis, brokoli, keju dan juga sos salad.

Salad Pasta

6. Sandwic Gulung
Boleh juga disediakan sandwic gulung dan divariasikan setiap lapisan dengan inti yang dipelbagaikan mengikut citarasa. Ratakan setiap lapisan sehingga menjadi nipis dan gulungkan ianya rapat-rapat dan potongkannya kepada ketebalan lebih kurang satu inci.

Sandwic Gulung

7. Sarapan Kepada Makanan Tengahari
Tukar menu tengah hari kepada makanan sarapan. Dengan cara ini, mungkin dapat menarik minat mereka untuk makan kerana sesetengah kanak-kanak lebih teruja dengan menu sarapan pagi yang menyegarkan. yogurt yang dicampur dengan bijiran dan sedikit buah-buahan segar atau wafel yang disapu mentega kacang pasti membangkitkan selera mereka.

Sarapan Bertukar Menjadi Makan Tengahari

8. Bar Salad
Gunakan kosep bar salad untuk menarik minat anak-anak terhadap salad. Gabungan makanan kegemaran mereka yang mungkin merangkumi ayam panggang, kranberi kering, tomato kecil, lobak merah, timun dan epal boleh diperisakan lagi dengan sos salad rendah lemak.

Bar Salad

9. Kegemaran Kepada Kebab
Beli batang pencucuk yang pendek dan gabungkan pilihan kegemaran anak-anak dengan menjadikan satu hidangan kebab. Lebihkan juga kepelbagaian buah-buahan dan sayuran berbanding sumber protein sebagai menu sihat mereka. Selain daripada kelainan, ianya menambah keseronokan kepada mereka. Benarkan mereka mengambil bahagian dalam proses penyediaan kerana itu akan menjadikan hidangan kebab lebih menarik.

Kebab Sihat

10. Bekal Pelangi
Gabungkan kepelbagaian warna warni pelangi di dalam menu bekal sekolah mereka kerana dipercayai gabungan warna-warna terang ini dapat memberikan keceriaan kepada mereka. Perkenalkan mereka dengan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan diselang-selikan dengan sumber protein sebagai sumber tenaga.

Bekal Pelangi

Walaupun nampak mudah dalam penyediaan bekal makanan ke sekolah, semuanya hendaklah dirancang dan disediakan lebih awal untuk mengelakkan huru-haranya suasana pada awal pagi. 

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan