Sabtu, 19 Disember 2015

Bila Abah Ke Hutan Lagi!

Salam.

Tarikh 19-Disember-2015. 

Hari ni merupakan hari yang santai buat Meen dan anak-anak. Yang sebenarnya bila 'mrpresident' ke hutan melayan hobinya, mulalah anak-anak merasa kehilangannya. Tambah-tambah lagi si kecil Adlina. Kebelakangan ini, memang dia amat manja dengan 'mrpresident'. Tetapi, manjanya bukan ditunjuk di hadapan semua. Ekslusif agaknya. 

Memandangkan kelesuan badan Meen beberapa hari ini, Meen melayan mereka menonton televisyen di rumah. Adlina kemudiannya beralih arah bermain dengan baby swinger yang sudah seperti buaian padanya. Dihayunkan selaju-lajunya dan kemudian tersenyum lebar.

Tiga Beradik Melayan TV
  
Adlina.. Oh Adlina!

 Malu-Malu Kucing

Dress-Up oleh Kak Long

Aksi Terkejut

Rindu Abah

Sebelum melayan menonton televisyen, mereka Afrina dan Adlina bermain Dress-Up dahulu. Satu persatu baju di dalam almari mereka dicuba dan ditayangkan kepada Meen yang sibuk di dapur. Meen layankan sahaja kerana memikirkan itu antara satu cara untuk membuatkan mereka leka bermain sementara Meen sibuk di dapur. Itu juga permainan yang digemari oleh mereka walaupun nanti Meen terpaksa melipat semula baju-baju yang dipakai mereka. Apa sahajalah anak!

Manisnya senyum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan